Monday, February 04, 2013

Menstrual Cramps

Assalamualaikum :D
Turunnya hujan yang betol-betol mendinginkan suasana, tengah hari yang sangat sejuk seperti pagi ! memberi impak positif kepada mood untuk menulis tika ini ^^v Entry ini sepatotnya di'publish'kan beberapa hari yang lalu tetapi disebabkan kekangan waktu yang padat (membawa diri ke PWTC sempena pesta buku malaysia 2Feb13), 4 februari 2013 baru berkesempatan untuk menulis di ruang ini.


 InshaAllah, entry ini untuk mengupas tentang hal ehwal wanita yakni remaja :D Sesuatu yang dilalui sepanjang diri ini bergelar remaja perempuan..*remaja lagi kee ? >,< Tidak semua orang merasainya,  iaitu period pain atau menstrual cramps atau bahasa sainsnya ialah "dysmenorrhea" !

Sejak umur meningkat awal 20-an, gejala menstrual cramps ini dikira sebagai sakit wajib setiap kali kedatangan haid. Sangat membimbangkan. Sangat menyeksakan. Sangat membebankan. Dan sangat-sangat merisaukan. Setiap kali sakit menyerang tiada lain yang boleh dibuat, hanyalah berbaring dan terus berbaring :'D

Apakah itu menstrual cramps?
Menstrual cramps atau senggugut adalah diakibatkan oleh pengecutan dinding rahim yang kuat semasa kedatangan haid. Ia menyebabkan rasa lenguh, sengal dan sakit di bahagian bawah perut. Semasa mengalami senggugut, seorang gadis akan merasa letih, muram dan cepat marah ! Senggugut yang kuat akan menyebabkan rasa loya dan cirit-birit.


Selalunya ia menyerang pada hari pertama dan kedua semasa kedatangan haid. Mungkin sesorang yang mengalami senggugut yang kuat akan merasainya dalam tempoh yang agak lama. Setiap wanita akan merasa sakit dalam tempoh berbeza dan kadar sakit yang berbeza :'D

Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah dengan "dysmenorrhea". faktor lain adalah diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat juga boleh meningkatkan risiko untuk mengalami senggugut. Selain itu, pengambilan gula yang banyak serta kopi semasa haid juga boleh membawa kepada menstrual cramps.

Bagaimana kita hendak mengatasi senggugut ?
Yang pertamanya, pastikan diri anda dalam kondisi yang cukup rehat dan banyakkan minum air masak atau suam untuk melancarkan peredaran keluar darah haid. Selain itu, tuamkan bahagian bawah perut dengan sesuatu yang panas seperti bantal panas atau tungku elektik.


Cara lain, pengambilan ubat tahan sakit seperti ponstan tetapi ianya sangatlah TIDAK DISYORKAN kerana akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang. Akhir sekali, jangan biasakan diri kita minum air sejuk berais kerana boleh memberi kesan kepada pengaliran darah haid tersebut.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati ^^v Pesan buat diri dan entry ini didedikasikan kepada semua pembaca yang bergelar wanita ~ Jangan pandang ringan kepada menstrual cramps..!


6 comments:

Harith Iskandar said...

oooo sy xleh komen :p

Sya humaira' said...

Info yang bermenfaat,syukran sis ..

Sya humaira' said...

Info yang bermenfaat,syukran sis ..

maryaya dimple said...

huhu , mmg menyerang tiap kali pms . rasa nak berguling-guling bila kena . hihi

iyka syafika said...

hurm..mmg sakit...klau sy sampai xleh nk nafas pun ada.best je dgr bila ade org xpernah kne benda ni kan..

Youhazreenda said...

thanks for the info! reen almost every month ada menstrual cramps tapi tak pernah ambil painkillers. just berbaring, golek2 atas katil je, dan letak minyak angin. hihihi.