Thursday, February 14, 2013

Dosa dan Kasih Sayang

Assalamualaikum :'D Dah tengah hari, hujan pulak lebat, tiada lain mampu di buat :D
Sebelum semester baru bermula elok kiranya up kan new entry >,< nanti sibuk sibuk tak sempat dah nak update blog kecintaan ini !


Berkisar keputusan exam semester 5 yang baru keluar semalam, 13 Februari 2013. Allah Allah ~ Tiada lain yang mampu diucapkan.. SubhanaAllah, Alhamdulillah ! Semua itu keajaiban dari Allah :'D Allah yang tolong, Allah yang perkenankan doa-doa hamba.

Dalam diri hamba penuh dosa dan noda, namun masih ade cahaya dari sang pencipta.. :') Kadang diri ini lupa  dalam mengejar keinginan nafsu dan keprihatinan dari manusia ! Ketika semuanya pergi dalam rela dan terpaksa, kita mencari dan mengharap kembali kasih sayang daripadaNya. 

Kasih sayang yang tidak pernah bertepi dan sentiasa diberi kepada hamba-hambaNya yang bernafas di muka bumi !


Ketika manusia semua tidur dan tidak berupaya menjaga diri, Allah sentiasa memerhati dan menggerakkan fungsi tubuh supaya tidak berhenti sebelum tiba masanya.

Ketika manusia turun mencari rezeki, Dia yang memerhati usaha hambaNya dan memberikan kepada mereka berdasarkan usaha yang dilakukan. Walau orang itu tidak mahu berusaha, Dia tetap memberi rezeki melalui kesihatan dan ketenangan.

Ketika makhlukNya berbuat kejahatan, Dia tidak sesekali menghukun dan terus meluncurkan ke lembah binasa namun dibukakan pintu taubat seluas-luasnya. Dia ingin melihat sang hamba kembali bersujud kepadaNya setelah diadakan ujian sebagai sebuah peringatan !


Ketika hambaNya melakukan kebaikan, Dialah yang paling gembira, lebih gembira dari seorang ibu mendengar berita kejayaan anak-anaknya. Lebih gembira dari sepasang kekasih yang diberikan hadiah dari kekasih hatinya. Allah tambahkan lagi nikmat kepadaNya setiap kali si hamba bersyukur.

Betapa baiknya Allah ! Walau tidak pernah meminta. Dia tetap memberi. Ditumbuhkan tumbuhan menjalar dan melata supaya hambaNya di dunia ini menikmati makanan yang segar dari bumi. Diciptakan beribu jenis haiwan sebagai makanan dan ternakan supaya si hamba dapat manfaatnya.

Betapa mulianya Allah ! Diciptakan terik mentari agar tersingkap cahaya memudahkan hambaNya melaksanakan tugas dan bekerja di muka bumi. Dimendungkan awan dan malam supaya hambaNya boleh berehat dan melepaskan penat lelah bekerja di siang hari. Diturunkan hujan supaya hambaNya tidak kekeringan dan kehausan !


Betapa kasihnya Allah ! Apabila hambaNya berduka cita, Dia hiburkan dengan keindahan alam, kicauan burung dan deruan air yang mendamaikan. :D

"Dia tidak pernah memerlukan sang hamba, tetapi hambaNya sentiasa memerlukan Dia."

Bukankah dalam Al-Quran ada menyebut:

Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).”   (Al-Baqarah 2:143)
Bukanlah Dia yang lemah, tetapi manusia itu yang sangat lemah kerana tidak mahu mengenaliNya.

8 comments:

Rieyn Anna said...

ALHAMDULILLAH..sesungguhnya tanpa ALLAH..siapalah kita hamba-Nya nie kan...hihii..:)

Aku Penghibur said...

datang sini :) subhanaALLAH nice entry

Tasha Aqisha said...

http://tashaqisha.blogspot.com/
please follow me back..
tq ya..

eykabaha said...

congrates for result.feel free to visit my blog http://eykabaha.blogspot.com/ ;)

Kalam Mujahid said...

subhanaALLAH.. nice

Rabiatul Mahmud said...

best lah blog ekin semuaaa ^_^
jemput singgah http://biskutcicahkopi.blogspot.com/

mummy aien said...

jempot join :) http://penabirumummy.blogspot.com/2013/02/segmen-santai-blogger-bersama_16.html

Harith Iskandar said...

tp syg, sy sndri xtau mana letak duduknya sy disisiNYA... :(