Assalamualaikum wbt ;D Salam Maghrib ! Masa senggang ini diisi dengan menulis entry baru, insyaAllah berkenaan penulis kegemaran yang memberi serta menjadi inspirasi kepada diri hamba untuk menulis dan untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti ~ InshaAllah !
Hendak menjadi seorang penulis ? Bukan bakat saya, namun Alhamdulillah masih ade minat ;D Cita-cita yang takkan dikuburkan begitu sahaja, cukup sekadar menjadi bahan bacaan juga pesanan buat diri sendiri kerana buat masa ini ade cita lain menanti. Masa hadapan nanti, siapa pasti, ade rezeki diri ini, inshaAllah tak mungkin dilepaskan lagi.
Bertitik tolak dari hobi yang suka membaca semua jenis bahan bacaan ilmiah, dari situ tercetusnya minat dalam bidang penulisan. Namun, setakat hari ini, tidak pernah diri ini menjejakkan kaki ke bengkel penulisan formal. Hanya bergantung kepada pembacaan yang banyak mempengaruhi pemikiran dan kesedaran diri.
Sebenarnya, menulis adalah salah satu cara kita mengikis "intellectual laziness". Dari kita mula membaca, menghadam kandungan buku-buku, dan kita mengambil ibrah dan input dari bahan bacaan itu. Itu caranya, jangan hanya mencari serta meng'copy' dan hanya 'paste' tanpa ada penghayatan, mengakibatkan kurang 'rasa' dalam penulisan.
Seorang penulis juga dia 'memberi dan berkongsi' apa yang diperolehi, biar picisan namun dapat memberi kesan. Itu yang lebih utama..!
Berbalik kepada tajuk asal, penulis yang sangat memberi inspirasi kepada diri ini ialah Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Pemilik laman "Peduli Ummah" ini saban hari memberi suntikan rohani tatkala membaca post beliau di wall facebook juga laman sesawang miliknya. Ia sangat mengujakan dek disiplin penulisan yang mengagumkan ! Beliau seorang figura yang sangat mementingkan Islam sebagai gaya hidup seharian langsung mempengaruhi gaya penulisan yang dipersembahkan.
Walau saya dan beliau sangat jauh berbeza, saya punya matlamat yang sama dalam dunia yang sama ! Mungkin bukan dalam dunia penulisan bercetak kerana tulisan saya hanyalah sekadar buat diri. Ingin membina peribadi sebelum membina cita-cita besar ini serta mengikis "intellectual laziness" yang menghalang terbinanya peribadi khalifah yang hamba !
"Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa, dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana..!"
5 comments:
Good job! Well done babe! Sastera gila kawan aku ni :D Suka suka >.<
nory minat jgak membaca, tapi bab penulisan, nory tak berbakat...
*salam kenal...
Tumpang tanya, . . . . ini bukan blog private(peribadi) kan ? . . . .
kalau blog ini blog peribadi sila beritahu saya ye, . . .
ingin nak baca sebab nampak best ade isi entry2 yg macam motivasi tu, . . . . . .
http://budakgetah91.blogspot.com/2012/12/hikayat-si-kucing-jalanan.html
@musafir Jalanan ^^, secara overall. kisah dan entry saya semuanya berlaku dalam kehidupan seharian saya sendiri.. paling tidak pon, apa yang berlaku dalam kehidupan orang sekeliling saya.. tapi bukan bermakna saya bebas meneritakan pasal kehidupan peribadi (cinta) dan sebagainya :) terima kaseh sudi bace ^^
datang follow sini..nak menang hadiah??jom join GA..50 pemenang di cari..
http://impianakumemetikbintang.blogspot.com/
Post a Comment