Tuesday, February 12, 2013

Mencari Sebuah Jawapan Part 2

Assalamualaikum sahabat ;D Lama bercuti dari blogging ^^v Hari ini inshaAllah kita sambung entry part 2 tentang JODOH..kesinambungan dari Mencari Sebuah Jawapan Part 1..Entry part 2 ini kita ingin membincangkan tentang apakah kompilasi amalan serta doa agar dipermudahkan dalam segala urusan jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya dari Allah SWT, kita hanya berusaha mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNya..


SINGLE ? well, Allah is looking at you right now and saying : "I am saving this person to someone special.." ^^,

Antara kompilasi amalan serta doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian..

Pertama
Doa Nabi Zakaria a.s (Surah Al-Anbiya, ayat 89)
yang bermaksud:

"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik." (21:89 )


Kedua
Surah Syura ayat 19.
yang bermaksud:

"Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
Ketiga
Surah Yusuf ayat 4.
yang bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Keempat
Surah Toha ayat 39.
yang bermaksud:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Keenam
Surah Ali-Imran ayat 31
yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Keenam
Ayat 1000 Dinar
yang bermaksud:

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ketujuh

Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurangnya 1000 kali dalam sehari. InshaAllah doa kita akan mudah dimakbulkan oleh Allah SWT..



Kelapan
Surah Al-Furqan ayat 74
yang bermaksud:

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kami isteri dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."


Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang sudah lama kita berkawan, mungkin jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal.. :'D Kan jodoh itu rahsia Allah.

"God doesn't give you the people you want, He gives you the people you need. To help you, to hurt you, to leave you, to love you and to make you the person you were meant be.." ^^v

5 comments:

Fikri Muhammad said...

kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.. Pape pun berserah jer pada ketentuan Illahi.

siti zulaikha suhaimi said...

:)

siti zulaikha suhaimi said...

:)

~Cik Viva~ said...

terima kasih... :)

Aku Penghibur said...

subhanaALLAH ... kita berusaha selebihnya adalah urusan ALLAH :)