Monday, February 04, 2013

Beautifool Malaysia

Assalamualaikum :D Selamat malam everybody ! Entry kali ini di buat demi menyokong hasrat barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM dan seluruh kepimpinan universiti dalam menuntut kerajaan Malaysia untuk membuat permohonan maaf secara terbuka disebabkan isu My Beautiful Malaysia 3 Februari yang lalu.


Apa itu My Beautiful Malaysia ?
Mengambil kira piliharaya 'is around the corner', Perdana Menteri melengkapkan laporan kerjanya kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelancaran My Beautiful Malaysia di Taman Medan pagi Ahad 3 Februari 2013 yang disertai lebih 1 juta orang di lebih 300 lokasi di seluruh negara yang mensasarkan golongan muda sebagai penggerak utama program ini.


"Kejayaan sesebuah negara tidak tertakluk semata-mata kepada bangunan pencakar langit, kemudahan asas, kilang berteknologi tinggi tetapi pada hakikatnya kita membina sebuah negara bangsa dan kita membina sebuah peradaban"

Kata Perdana Menteri, jika tenaga muda dihalakan secara konstruktif dan positif tentu sekali Malaysia akan membangun dengan lebih hebat dan berjaya lagi !

Dan apa yang terjadi adalah "indah khabar dari rupa", ingatkan program yang bertemakan cintakan alam sekitar di Malaysia, kerana aktiviti yang diwar-warkan adalah menanam pokok dan gotong-royong, rupanya turut disuap dengan hedonisme yang bertopengkan "Beautiful Malaysia".


"Di Johor, pelajar USIM dihiburkan dengan gelek dangdut yang ngeri, nyanyian, dan kemudian hujan turun hampir sepanjang hari. Aktiviti yang diiklankan seolah-olah tiada, sama dengan apa yang berlaku di Port Dickson. Mereka berasa sedih dengan apa yang berlaku dan seolah-olah hilang nilai-nilai Islam dan tiada pengisian yang memberi manfaat buat remaja yang terlibat." -petikan Malaysian Gags

MENYESAL, itu yang terlintas buat mereka yang hadir !

USIM sangat komited dalam memperjuangkan dan membangunkan anak bangsa melalui sistem pendidikan integrasi Islam-Konvensional bagi merealisasikan falsafah pendidikan, visi, misi dan objektif penubuhan USIM namun ada pihak yang cuba merosakkan segala usaha serta perjuangan yang telah terlaksana bertahun lamanya dengan satu program yang tidak bermoral, tidak konstruktif dan tidak patuh syariah.


 Justeru itu barisan MPP mewakili seluruh kepimpinan dan pentadbiran USIM menuntut pihak bertanggungjawab menjawab isu "Mahasiswa USIM Diperbodoh Kerajaan Malaysia; Suatu Pengkhianatan Nyata" seterusnya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga USIM umumnya serta mahasiswa/i khususnya yang menyertai proram tidak bermoral tersebut ! -petikan status facebook Setiausaha Agung MPP USIM

ISU MAHASISWA USIM DIPERBODOH KERAJAAN MALAYSIA; SUATU PENGKHIANATAN NYATA !

Sebuah perkongsian yang jelas dan nyata buat kaum yang berfikir ^^v Assalamualaikum !

2 comments:

amranaiman said...

sukarela joget2.. :P

MSyukur MAli said...

amat setuju dengan statement nie...