Saturday, March 09, 2013

Flying Without Wings

Assalamualaikum, lama tak menjenguk ruangan ini, rindu bertandang membawaku ke sini kembali, mungkin ;D

Berusaha melakar sendiri jalan hidup membawaku ke negeri asing ini untuk mendamba ilmu tentunya. Sebuah tempat yang tiada siapa-siapa pada mulanya. Selepas bertahun berhijrah ke sini, ku temui segala yang diingini, Alhamdulillah..

Namun, dalam kelebihan, kebahagian, kesenangan yang dikecapi, masih ada kekurangan menghimpit diri ini. Suasana kampus yang sudah tentunya mementingkan biah islamiyah, itu lengkap..Cuma keadaan warga sekeliling yang berada di luar skop pengajian serta kampus membawa seribu satu kerimasan juga keluhan buat diri.


Ibarat berada di negara asing, diri ini kadang terasing di bumi asing yang entah di mana. Dengan pelbagai gaya macam manusia, dialek yang entah ape yang langsung tidak difahami, memberi tanda tanya kepada diri sendiri. Kenapa dulu memilih tinggal di sini ?? ohh ~ senyap.. tiada jawapan.

Hakikatnya, aku dan mereka mungkin dan memang tidak mengenali satu sama lain, kerana lahir pada abad juga benua yang berbeza, namun kami masih punya persamaan yang membawa kami ke sini..agaknya..

Sebenarnya, kita menyedari betapa besarnya peranan persekitaran sekeliling dalam membentuk dan melentur diri peribadi dan sahsiah seseorang. Sememangnya apabila kita berada di persekitaran yang sihat yakni biah solehah yang menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kesannya kita sendiri akan terasimilasi dengan sendirinya, inshaAllah..

Lihat saja di Mekah, wanita yang tidak berhijab semasa di Kuala Lumpur pon akan mencari abaya hitam ketika mereka di sana. Contoh yang senang ~ simple kan.


Pemikiran kita yang mendorong untuk melakukan sesuatu perkara yang sudah menjadi amalan oleh masyarakat di sesuatu tempat. Justeru tidak hairanlah berbondong-bondong wanita yang pada mulanya dengan hijab, cepat-cepat membuangnya ketika berada di negara barat, London contohnya.

Namun, ketika berada di Islamic lectures, conferences dan conventions, ramai sahaja yang cepat-cepat menjadi 'Instant Ideal Muslim', menjaga pandangan, pergaulan, percakapan, tetapi setelah semuanya selesai, kembali semula ke perangai yang lama.

Mengapakah kualiti ini tidak berkekalan? Mengapakah begitu sukar untuk kita mengekalkan kualiti yang telah kita bentuk walaupun segera itu?


Antara faktor yang boleh diambil kira ialah apabila kembalinya kita ke persekitaran dan komuniti yang sedia ada, yang sudah masak dan tergaul dalam suasana yang dibentuk.

Bersyukurlah sekiranya kita berada dalam kelompok masyarakat yang sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Namun sekiranya hati kita ini dijangkiti penyakit, maka kita akan berasa kurang senang apabila dinasihati oleh seseorang walaupun ternyata benar nasihat yang diberikan itu.

Sekiranya kita berada dalam persekitaran yang tidak menitik beratkan Islam sebagai tunjang dan cara hidup, maka mulakanlah daripada sekarang. Rajin-rajinkan diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah, usrah dan sebagainya. *pesan buat diri ini juga.


Memetik  kata-kata Imam Suha'ib Webb, "Not knowing something make people extreme." Sememangnya apabila kita jahil, maka itulah yang menjerumuskan kita ke arah melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam agama, seterusnya membawa kemurkaan Allah. Na’uzubillah !

 "Flying Without Wings"

Everybody's looking for a something,
One thing that makes it all complete,
You'll find it in the strangest places,
Places you never knew it could be.




5 comments:

Anonymous said...

Vision without action is a daydream. Action without vision is a nightmare. (y) -AA

Shad said...

saya suka membaca entry2 saudari.. terkesan di hati..
~sesuatu yg baik itu kalau dipaksa, insyaAllah akan mnjadi kebiasaan.~

Unknown said...

ye, betul sekali, apabila duduk ditanah haram ini, makin kita dapat lihat suasana itu, memakai pakaian menutup aurat hanya di tempat ibadah, apabila keluar, habis aurat didedahkan sana sini, syurga itu mahal, mahu membayarnya bukan dengan harga sedikit, klau kita tidak sanggup bekorban, kita hanya dpt benda yg murah, itu dunia, benda yg mahal habis tercicir. www.makkahdihati.blogspot.com follow back, hehehe

Unknown said...

org yg sya syg pernh mengalami apa yg owner blog ckp,,
semasa dia berada di kpg, dia seorg yg sgt menutup aurat,,
tapi selepas spm,, dia nak kerja kat bandar berdekatan,,
so, mak saya bagilah dia kerja,,
masa dia kat sana, kami tak tau cara permakaian dia macam mana,, biasalah kat bandar mana boleh singgh setiap masa dia tu,,
pastu,, masa dia balik ke rumah , tup2 dia dah jadi org yg tak bertudung,,
tapi masa dia masuk universiti,
dia mula bertudung balik,,alhamdulillah,,

Naive said...

I don't have knowledge about the language you use in your blog, but I really appreciate the way you have presented your blog with images and theme.


Happy Blogging! :)