Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum
w.b.t.
InshaAllah, entry
khas ini sempena pemergian seorang ulama agung yang telah kembali bertemu
penciptanya.
Semoga roh beliau
dicucuri rahmat.. Al-Fatihah ~
Datangnya Ulama'
membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia
dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya
dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.
Terlalu besar jasanya
pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah
merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang
Ulama' dari Syria.
Kata Al-Habib
Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr
Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur
bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang
mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk
mendoakan aku."
Beberapa hari
sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau
yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari
ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak
mendapat satu ganjaran)
*Sheikh Ramadhan
Al-Buti Syahid setelah dibom di dalam Masjid Iman di
Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah
Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk
keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran
Syahid.
Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar
kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas
berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran
yang sebanyak-banyaknya kepada Guru dan Mujtahid Ummah, Dr. Muhammad Said
Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.
p/s bagi yang belom mengenali beliau, boleh search di blog-blog yang telah menyediakan biodata beliau :(
8 comments:
Al fatihaa .. Nice site u ave. Join my site too. Kamsahamnidaa..
al fatihah . tak mengapa. ulama kan pewaris nabi :) ilmu tak pernah berkurang
Al-Fatihah... Hilang sebutir permata membawa sinarnya.... Sama2 kita doakan kesejahteraannya...
AL fAtihah...
done follow blog penaja utk segment
http://iehahfarihah.blogspot.com/2013/03/segmen-happy-birthday-honey-yeo-cik-fie.html
al-Fatihah....
btw,salam kenal..sweet blog..
saya dah follow blog awak...jom singgah blog saya. :)
innnalillah :'(
al-fatihahkan untuk beliau
alfatihahkan utk beliau
Post a Comment