Bismillah..agak kaku jari menari menaip entry setelah sekian lama kubiarkan sepi menghuni ruang ini. Semoga ada kemudahan buat diriku agar catatan serta coretan ku ini dapat di simpan hingga ke akhir hayat, menjadi pedoman juga panduan buat seorang bergelar insan.
Entry kali ini berkisar sebuah perjalanan kehidupan yang dilalui sepanjang tempoh 'bercuti' sambil melakukan lawatan ilmiah ke sebuah sekolah istimewa dikenali sebagai SKPK Princess Elizabeth School JB.
Kata orang..
Berjalanlah..
Semuanya bermula dengan sebuah perjalanan..
Kata orang..
'Jauh berjalan, luas pemandangan..'
Mungkin juga..
Kata orang..
'Jauh berjalan, tambah pengetahuan..'
Ada benar juga ungkapan itu, Allah juga dari awal menganjurkan hambaNya agar menjelajahi alam ini, sebelum terus 'menjelajah' yang 'lain' agar dapat mengenali Khaliq dan merasai kehambaan dalam jiwa hamba.
Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang buta sepenuhnya (totally blind) dan pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan atau rabun yang teruk dan terhad ataupon low vission.
Ku susuri perjalanan hidup mereka, jauh bezanya dengan kita yang sempurna. Namun bezanya rasa syukur yang merajai serta redha di dalam diri. Mereka bukan seperti kita, mereka pasrah melalui kehidupan yang penuh kegelapan tanpa ada rungutan. Dan kita yang sedia sempurna masih berkira itu ini hingga lupa bersyukur kehadrat Ilahi. :'(
Never let's the things you WANT make you forget the things you HAVE.
Perjalanan mereka masih jauh, mereka menapak penuh sabar meniti hari-hari yang berlalu. Realitinya mereka bukan seperti kita yang celik mata, namun mereka celik hati melalui rutin biasa seorang insani. Andai mereka merasa bahagia dengan apa yang mereka ada, kenapa tidak kita yang sempurna? Andai mereka menerima ujian yang menimpa apatah lagi kita. Bersyukurlah..
Ku susuri setiap perhentian mereka, merasai susah payah kehidupan yang dilalui. Mereka dididik untuk mencari tuhan. Begitu juga kita yang sempurna, hidup berpandukan tuhan yang satu. Namun, ku perhatikan mereka menunaikan solat berjemaah setiap waktu yang ada tanpa paksaan dan kawalan dari sesiapa pon dan kita ? Kadang leka dengan urusan dunia semata. Y_Y
Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana yang maha mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa. Semua itu ketentuan Dia kerana kita bukanlah siapa-siapa, kita hanya manusia hina.
Mereka yang istimewa diberikan akal sama seperti kita dikurniakan akal juga. Yang membezakan kita hanyalah warna-warna dunia yang kita ada, tapi bagi mereka semua warna itu tiada bezanya. Betapa besarnya erti syukur yang sepatutnya kita ada berbanding mereka.
Lihat pada apa yang kita ada, barulah kita BERSYUKUR. Jangan dikenang apa yang kita tiada, nanti kita KUFUR..Kerana sesungguhnya BERSYUKUR mencegah perasaan TAKABBUR.
Buat mereka yang istimewa...
Tidak ada mausia yang terlahir sempurna, jangan kau sesali segala apa yang telah terjadi :')
SENYUMLAH <3
Pesan buat diri..
Berjalanlah di atas muka bumi ini wahai diri, nescaya engkau akan melihat kebesaranNya dan merasa berSYUKUR <3 inshaAllah !
Let's take a moment to say 'ALHAMDULILLAH' for everything we have !
5 comments:
kekadang mereka yang kekurangan nie lebih banyak kelebihan daripada kita yang celik nie...
bersyukurlah di atas segala yang Allah beri...
alhamdulillah for everything that we have...
It's been awhile since ur last writing kan? This is sooo good hunn! And.. Alhamdulillah untuk semuanya :')
Disinilah diperlukannya bersyukur..
Salam kenal
saya hanya mengintai coretan awak dengan menggunakan wifi free dalam bilik yg kecik..
terbaaeekk laa contengan kamu..nak kenal gakk...
Post a Comment