Assalamualaikum :'D Ketika entry ini mula ditaip, jam menunjukkan pukul 2:57AM ~ berperang dengan perasaan sendiri tatkala dinihari ada sahabat yang sudi berkongsi kisah yang amat pahit untuk dikenang seumur hidupnya. Kehilangan ibu tercinta 3 bulan lalu memberi kekosongan dalam jiwa individu istimewa tersebut !
Menitis air mata ini tatkala entry ini di taip, mengenangkan cukup berbaktikah aku kepada kedua ibu bapaku setelah apa yang telah mereka korbankan untukku sejak aku lahir ? TT___TT
"Hilang dah doa seorang ibu", kata-kata beliau yang cukup menyanyat hati ini, Ya Allah.. Sukar untuk dikarangkan kisahnya di sini, namun cukup ku katakan beliau seorang yang sangat sempurna dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada arwah ibu. Membawa aku mengenang kisah seorang tabi'in yang pernah hidup pada zaman sahabat Nabi SAW ! UWAIS AL-QARNI. *boleh rujuk di blog yang telah menyediakan entry tentang beliau.
Kubiarkan sahabat ini bercerita tanpa ada banyak soal. Ku khuatir, akan ada pertanyaanku yang mengganggu emosinya. Bagai air yang mengalir, lancar beliau mengimbau kembali saat indah bersama cinta hatinya. Dulu pernah ku minta diceritakan segala yang berlaku, namun hajatku tidak kesampaian.. Katanya takut ade air mata yang tumpah.
Hari ini, tanpa ada soalan ku biarkan dye meluah rasa hati, rasa rindu kepada seorang IBU :'( Termimpi-mimpi katanye merindukan suara, kelak tawa si IBU ! Sungguh aku tersentuh Ya Allah.
Ku katakan kepadanya, tak salah merindu kerana dya tetap seorang IBU yang tiada gantinya, dialah syurga buatmu sayang T___T
Daripada Abdullah bin Amru r.a, Rasulallah SAW bersabda: "Keredhaan Allah daripada keredhaan IBUBAPA, kemurkaan Allah daripada kemurkaan IBUBAPA.." (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Dari kisah sahabat istimewa ini, ku belajar erti syukur. Setiap insan bergelar manusia kadang-kadang lupa bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Kita lupa menghargai pemberian paling istimewa ini iaitu kehadiran IBU dan AYAH.
Sampai satu saat Allah tarik pemberian ini dari kita, baru kita tahu nak menghargai. Tapi pada masa itu, segala-galanya sudah sia-sia belaka. Apa salahnya ucapkan sayang sebelum tidur kepada mereka, tiada salahnya ucapkan LOVE YOU setiap kali menelefon mereka. Kita selalu silap, dengan kekasih hati bersayang-sayang, tapi dengan darah daging sendiri, malu nak mengaku sayang !
Walau siapapun kita, walau sehebat manapun kita, walau berjaya setinggi langit pun kita, tanpa doa dan restu dari si IBU yang melahirkan kita, maka hilanglah keberkatan hidup kita !
Di saat mereka menjengah usia tua, di mana kita untuk membalas jasa? Tanya pada diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, dosa kedua ibubapa kita. Setiap kali selepas solat jangan lupa doakan kesejahteraan ibubapa kita walau sesibuk manapun kita. Semoga kita peroleh barakah di dunia dan di akhirat ! InshaAllah.
5 comments:
sedih T_T.. bace kisah ni..
sedih T_T bce kisah ni.. kua air mate.
Allah..! rindu juga pada ayahanda tercinta.. hanya doa dapat anakanda kirimkan buat ayahanda di sana.. tidak mengapa, walau sudah jauh terpisah, doa sentiasa akan bersama..
hilang doa seorang ibu, tidak mengapa.. kita boleh berdoa pula untuk mereka, moga2 bertemu semula di syurga.. inshaAllah~ biiznillah.. :)
sedih.. :'/ sampai menitiskan air mata.
sy dpt bygkn mcm mna air mta seorg insan kerana kematian ibu trcinta,,;
Post a Comment