Saturday, December 07, 2013

Card Design

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Besides using flash, I love to involve in designing card, banner, name tag or others using Adobe Photoshop.


This is my recent design for invitation card.

Web Development- Lakar Citra Photography

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Lakar Citra which developed on 2012 is a photography website for Web Graphic 2 subject. This website is totally created by myself.


Completed with order form, users can fill the form to make an order. Simple.

Video Development- Kem Ibadah Year 6- SKKLIA.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

This is not my first time to develop whatever video. for this time, a video created for Entrepreneurship assignment where we must organize an educational program for a school near Nilai.


Under the name 'eMan Global Training', this video dedicated to the school and its play when closing ceremony.



Islamic Course Ware- The Story of Yusuf Alaihissalam and Zulaikha.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

This course ware is developed when I was in Year 2. Using Adobe Flash, this course ware is focus on design and content. 


The content must focuses on Islamic story, my friend and I decide to highlight the story of Yusuf and Zulaikha.




Website Development- Fifa's Bakery

Bismillahirrahmanirrahim. Assalmualaikum w.b.t.

Developing a website using Adobe Dreamweaver is quite simple. This is one of the website that we developed when I was in Year 2. A bakery website named 'Fifa's Bakery' is well organized and tidy.


This website is very satisfy for the user to make an order for the whole product because in every item its completed by their own price.


Flash e-Card

Bismillahirrahmanirrahim. Asslamualaikum w.b.t.

Since we was in Multimedia field, we cant deny to Adobe Flash Professional to create and develop some product.



Next, using Flash we created electronic cards for professional purposes or casual.

2D Animation- Prophet Sunnah- Berbuat Baik Kepada Binatang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w. b.t.

2D animation is a group project and it was a recent work, still in progress to develop the character. By now, 30% of the scene of their environment without the main character is ready enough to publish. We have 5 scene to deliver the prophet hadith about the kindness to the animals.


Using Adobe Photoshop and Adobe Flash, first step we sketch the story board and color it on Adobe Photoshop. After that, we created the scene using fully Adobe Flash.

The Matching Game

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

This is also my current project. Developed roughly over a months ago. 'The Matching Game' is featured with Islamic elements using the theme Quran and Sunnah. The usage of isamic icon like Quran as their subject, it give difference to others game.


Fully created using Adobe flash, its give some experience to us to develop a simple game like this.

Consumer Behavior Port Folio

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

This e-portfolio created for 'Consumer Behavior' when I was in year 3. This e-portfolio using video elements to collect what is related to this subject.


Quiet simple. I love it.

Simple Pre-Loader

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.


This is a simple pre-loader created using flash for our final year project.


Added with several others multimedia elements like sound, its give a simple and effective for the final year project courseware.


Ketchup Liquid Pump

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

This is about Introduction of Marketing subject. How we promote and market our own product using multimedia elements nowadays. 

Simple short video advertisement of Najihin Food Flavour Ent. present you our own product, 'Ketchup Liquid Pump' starring by our own member and directed by myself. 


Fortunately, this video announced as the best video among others group.
Using several video editor we created this advertisement video within one week only.

This video is quiet simply but the message is successfully delivered to the viewers.

Cool Blog Kiosk

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. 

This is our latest project assignment for the subject of 'Human Computer Interaction' or known as HCI.

Each 3 person per group, we need to create a digital interface for kiosk. Our kiosk is 'Cool Blog Kiosk' simplify the user to choose product by their own.


This is our interface for the kiosk. Using only adobe flash we created the kiosk after the story board have been done and accepted by the lecturer.

We hope that this kiosk, will be commercialized soon. InshaALLAH ^^


Tuesday, November 12, 2013

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 DJH


Assalamualaikum.
Nak join ? ^^
JOM. Klik jer banner tu :D

 FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE ASHA |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai hadiah ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai hadiah menaik lagi.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner untuk sertai!                                                   
               12.11 2013 -12.12.2013 

PRETTY AWESOME GIVEAWAY BY KHAIRINA


Assalamualaikum.
Hyehye.

Nak join ? Klik banner deh :D

Pretty awesome giveaway.
Hadiah pun pretty + awesome + syiok !


DUE >>>>> 6 November 2013 - 6 Januari 2014


Souvenir from KOREA !

Assalamualaikum ^^ Entry khas !

Whoah. Korea. We got this from our sweet lady, Blogger ShaDhira.
Beliau baru balik dari KOREA. 5 hari di sana. Untung kan ^^

I LOVE KOREA tewwww :P


Entah berapa won.

BTW, terima kasih dear shadhira :D May ALLAH bless your day ! InshaALLAH.

Doakan urusan kitorang ke Hong Kong berjalan lancar hendaknya. 

InshaALLAH bulan Januari 2014 ke Hong Kong pulak :D yeayyyy.

Mood: Tak sabar nak pakai :P

Terima kasih once again :D

Byeeee !


3 Hadiah Selamat Sampai ke Destinasi

Assalamualaikum. Hari ni nak update tentang 3 hadiah yang dikatakan pending sebelum ini. Semalam dah selamat pun hadiah-hadiah tersebut tiba kepada saya :D

Alhamdulillah, bahagia.

First, dari Kasih Lestari Abadi. Jauh terbang nun dari Sarawak kalau tak silap ^^ Dari giveaway beliau sendiri tak lama dahulu.


Very very very cute fridget magnet dekorasi seekor kucing yang melambangkan Negeri Sarawak ! With keychain buluh ^^ Terima kasih KLA :) May ALLAH bless you.

Second, dari blogger Labyrinth kalau tak silap. Sebab tiada nama pengirim. And kalau tak silap jugak bungkusan tersebut terbang dari Perak, or Kedah. OH. Lupa. Hadiah tersebut bukan atas sebab menang giveaway or whatever, tetapi sebagai hadiah saguhati buat para sponsor untuk giveaway beliau terdahulu.


This cute stuff is Strawberry Milk Mask. Nak guna pun tak sampai hati oi :D Terima kasih Labyrinth :)
After few weeks baru sampai ke tangan kan. Alhamdulillah, rezeki ^^

Third, sehelai selendang kedut-kedut warna hijau dari Blogger Syiera Firdaus. hihi. Sponsor giveaway Blogger Jiwa Rosak. Hijau kaw. Tak pernah lagi pakai selendang warna cenggitu. 

Anyaway Thankz Syiers Firdaus !

BTW. Terima kasih semua.
Assalamualaikum.




Lagi Hadiah Tiba !

Assalamualaikum. 

Update entry secara pukal :D Hari Jumaat tak silap, blogger Iffah Nadiah PM dekat FB, untuk kasi hadiah giveaway Izzaati. Hadiah barangan blog iaitu button fly up warna PINK <3


Comel ke ? 

Comella kan, diri sendiri pun tiada masa nak design benda-benda macam ni. Dengan final year project masih in progress. 

So, terima kasih admin blog, Izzaati. terima kasih Iffah Nadiah. For this adorable blog stuff !

May ALLAH bless both you :D

Terima kasih once again ;)

Bawal Merah from tudung2u.com.my

Assalamualaikum. Selamat petang. 
Alhamdulillah hari Sabtu baru-baru ni, satu hadiah telah sampai ke alamat rumah saya :D

Sweet merah hati bawal !



Dari sponsor blogger Wawa dan tudung2u.com.my ;)

Giveaway blogger Misz Nadea ^^

Terima kasih sponsor, terima kasih admin :)

May ALLAH bless both you !




Tuesday, November 05, 2013

6 Hadiah Tidak Dituntut :O

Assalamualaikum. Selamat malam. Baca komen ahkak gojes dekat previous entry yang INI, tetiba teringat hal yang sama berlaku dekat diri sendiri. Kira macam pengalaman peribadi.

Awal Ramadhan dulu merupakan cuti semester buat kebanyakan IPTA Malaysia. So, saya ambil kesempatan untuk aktif blogging. Walaupon dah kurang menulis entry ber'ilmu', lebih kepada giveaway dan sponsor kepada blogger lain.


Main pointnya, ketika itu saya sponsor 6 blog untuk giveaway diorang. Hadiah tudung bawal pelbagai 'kaler', tetiba sehingga tamat tempoh tuntutan hadiah, tiada sebarang tuntutan dibuat pemenang.

Antara blog-blog tersebut yang masih saya ingat adalah:

1) Blog Labyrinth *sponsor tudung bawal
2) Blog Ira Syiqin *sponsor tudung bawal
3) Blog Amirah Azman *sponsor tudung bawal
4) Blog Afifah Anuar *sponsor bloglist-sebab masa tu dah 5 blog sedang disponsor
5) Blog Arina Lola *sponsor contact lens-pun tidak dituntut.
6) Blog tak hengat :P

Setakat ni, tudung-tudung bawal yang ada, masih belum bertuan. Jadi koleksi peribadi la gayanya. Nak ambil komitmen untuk jadi sponsor lagi, sekarang macam buzy je, macam tak sempat je. Takut pemenang marah pulak kalau lambat pos barang nanti kan ^^

So, mungkin akan disimpan lagi. Mungkin akan adakan giveaway ke sedikit masa lagi. Berminat jugak ni, macam best je kan tengok blogger famous buat giveaway. Beratus-ratus yang join. Agak-agak kalau blog Impecabble Rambling yang buat entah berapa kerat jelah drop link. huhu.

Okay. Done untuk malam ni. Nak sambung buat assignment yang tergendala sejak petang. Web HTML. Please pray for my last semester.

Thankz everyone sudi singgah. Sudi baca. May Allah Bless YOU <3

Assalamualaikum..





5 Hadiah Masih Pending :(

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Guruh berdentum petang ni. Tapi, nak jugak update blog walau sedikit.

Back to the main point, macam sedih je kan baca tajuk tu. Sedih ke tak tak tahulah. Tak de rezeki agaknya kan. Bila dapat rezeki menang giveaway happy macam nak melompat-lompat. ye erk ? tipu nyeee.

Sampai ke tarikh ini, 5 NOV 2013, 5 hadiah giveaway masih pending. Masih belum diterima.


1) Kasih Lestari Abadi *giveaway beliau sendiri.
2) Labyrinth *saguhati sempena jadi sponsor giveaway beliau.
3) Nae Wawa *sponsor giveaway Misz Nadea.
4) Syiera Firdaus *sponsor giveaway Jiwa Rosak.
5) Iffah Nadiah *sponsor giveaway Izzati

Okay, tiada tuding jari salah siapa. Mungkin ini bukan rezeki saya. Kepada sponsor yang jujur, terima kasih kerana sponsor walaupun barang tak dapat ke tangan saya. 

Alamat saya gunakan adalah alamat kolej kediaman saya yang mana turut sama digunakan blogger Shadhira. Mungkin bukan rezeki kita kan. Kalau ALLAH kata itu bukan kita punya, walau depan mata pun tak kan pernah jadi milik kita :')

Sekali lagi, terima kasih semua sponsor :) May ALLAH bless you.
Salam Ma'al Hijrah 1435. Moga-moga kita menjadi insan yang leeeeebih baik dari sebelumnya.
Ayuh :')

Terima kasih once again ^^ With smile. Lot of LOVE <3


Monday, October 28, 2013

Tutorial Pasang Iklan Churp-Churp

Assalamualaikum silent readers sekalaian ;) Macam ada je kan. hexhex xD
Selamat tengah hari. Monday blued today. ohhoi. Yang heavennya, satu kelas je hari ni ^^
Bahagia tak terhingga. hiks.

Semalam bukan chatbox jumpa mesej, cane nak pasang iklan churp-churp ;)



Seperti tajuk, kita go straight to the point. 

<center><fieldset><legend><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbA87nJ8VDo8QCopMN4cSTCSAXauICt8bcqontx4VwcZJFlNTnlv06Xj0_5nkncjNyQRFsqGwJrkRSrLl_GvOt53sbL4_b0h_wb58RaJBI7f5deufyq_a7dmQe5o2GNg-O0EuUwUjUWf9c/s1600/Untitled-2.png"/></legend>
<a class='linkopacity' href="http://my.sharings.cc/cikekin/share/LifebuoySuci2"target="_blank"><img src="http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/15104/20294.jpg" width="80" height="80" /></a>
<center></center></fieldset></center>

 Now, copy terus coding tu, dashboard-HTML. Paste.

**Merah- link url iklan anda.
*Kuning- url gambar iklan anda.

Macam mana nak cari url gambar ? simply right klik pada gambar, choose copy URL.
Paham kan ? Senang je ^^

Selamat mencuba.
Tak jadi komen ye ;)

Sunday, October 20, 2013

Handsock Roses Elegant

Bismillah ^^ Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis rasanya.

Hari ini, kita nak let go Handsock Roses Elegant. 2 pasang. Grey+MerahHati. Grey+Hitam. Menggunakan kain jersey. Tak panas, sejuk serta sangat selesa dipakai.

Beli RM13/pasang. Nak let go, RM13/pasang or RM23 untuk 2 pasang terus ;)
JIMAT. Excluding postage.

Berminat? Boleh PM segera ye. 013-6262086.


Sekian. Terima kasih ^^


Thursday, September 26, 2013

Rezeki Giveaway.

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum :D

Semalam terima satu lagi kiriman pos laju jauh terbang dari SABAH ;)


Sweet Butterflt Bawal Kuning with adorable Vintage Hair Clip <3

Terima kasih SAKURA SWEET HOUSE.
Sponsor giveaway CIK NYOONYALITA kalau tak silap ;)

May Allah bless BOTH you !


Friday, September 06, 2013

Resepi Apam Bunga or Apam Senyum

Assalamualaikum. Hari ny cuba resepi APAM ! Cubaan pertama, sedikit tak menjadi, sebab dia tak SENYUM ;D Tapi rasa still SEDAP ^^ Alhamdulillah.

Faktor dia tak merekah ala-ala bunga adalah keadaan bekas dan faktor-faktor lain.


Nak belajar ? Senang jer inshaALLAH, mula-mula buat tak kan nak terus jadi kan ^^ Yang penting jangan putus asa :D

Bahan-bahan: 

3 cawan tepung gandum (diayak)
2 biji telur
11/4 cawan gula castor (gula biasa diblend halus pon boleh)
1 sudu kecil Ovelet
11/2 cawan aiskrim soda ATAU sprite (air bergas)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Putar telur dengan gula sehingga kembang (pukul pakai garfu je :P)
Masukkan ovelet dan esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan aiskrim soda, kacaukan sehingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan ;)
Rehatkan selama 1/2 jam.
Sementara tu, panaskan periuk kukus.
Lepas 30 minit, sudukan adunan dalam mangkuk kecil, comel molek (bukan mangkuk kertas yang lembik tu)
Kukuskan lebih kurang 5 minit sehingga masak.

Petua dan Larangan:

Gunakan mangkuk acuan or cup yang sedikit tebal, sesuai dengan keadaan pengukus. Kalau guna cup cute untuk biskut raya seperti conflakes madu tu, alamatnya tak terbentuklah apam comel ini. Memerlukan bekas yang tough cenggitu :D

Air kukusan biarkan mendidih dengan betol-betol mendidih baru masukkan adunan untuk dikukus.

Alas penutup periuk kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh menitis di atas adunan.

Last but not least, jangan gunakan air 100 plus sebagai ganti kepada aiskrim soda or Sprite tadi :P Kalau guna macam di atas la hasilnya :D

Gunakan aiskrim soda or Sprite yang betol-betol bergas, bukan yang dah berulang kali dibuka penutupnya.


DONE, senang kan ^^
SELAMAT MENCUBA !

Wednesday, September 04, 2013

Al-Quran Muslimah

Al-Quran Al-Karim Muslimah

Sinopsis

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning


Tuesday, September 03, 2013

Half Year Giveaway by Nafaa

Assalamualaikum ^^
JOM join ini pulak :D

Click Banner !

Blog : http://nursyikin.blogspot.com/ (Impeccable Rambling)
Twitter : https://twitter.com/nursyikin (AsyikinZulkifli)
Instagram : cikekinz

Due Date: 31st December 2013

Resepi Cake Chocholate Kukus Simple

Hai Assalamualaikum everybody ^^ Hai September :D

Okay, resepi "Cake Chocholate Kukus Simple".



Bahan: 

2 cawan tepung Blue Key
1 cawan gula yang dikisar halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo @ vico
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

Pukul telur guna sudip *(tak yah kembang sangat, tak yah guna machine pengadun).
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.
Kacau dengan sudip sehingga sebati (5 minit).
Didihkan periuk kukus.
Kukus selama 40 minit.

Hiasan: Mengikut kreativiti anda ;)

Bila dah tiba masa 40 minit, keadaan dia mengembang cantik sangat ^^
Keadaan permukaan atas dan bawah dia akan moist-moist gitu :D 
Kalau yang tak suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula ATAU susu.
Kalau tak letak susu, upkan sikit sukatan gula.
SIMPLE :D

Selamat Mencuba. InshaALLAH jadi.


Rezeki September :)

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum everybody. Selamat pagi, happy Tuesday.

Senyum selalu deh ;) The sun is also alone and it's still shining ;D
By the way, this entry didedikasikan untuk seorang blogger. HAHA.

Okay, hujung bulan Ogos ada giveaway dari blogger Hannan Wahyu.

And I got this.

 Black and white shieshido mask by MYA FARISHA ;D
Thankz so much ;)


Saturday, August 31, 2013

Rezeki Syawal

Salam and greeting to all :D

Selamat Hari kemerdekaan yang ke-56 Malaysian !

Terima kasih kepada fuh.my dan sekutunya atas hadiah topup melalui random.org, untuk segmen "Teka Syiling Raya."

Latest menang this sweet gift from 'Random Rainbow' untuk giveaway Blogger Nurul Ellani. Terima kasih blogger giveaway dan sponsor :D


Ade rezeki kita join lagi. heh :3



Sunday, August 18, 2013

Wrapping or Covering ?

Bismillahirrahmanirrahim ^^v Assalamualaikum and greeting to all :) 

Rentetan entry semalam berkisar tentang a very great novel, 'Anthem' by Hlovate, and beyond awesome even, kita nak sentuh bab "Wrapping or Covering" yang ada juga disebut dalam novel ini. 

Apa itu wrapping?
Apa itu covering?
Berbeza ke?
Or
It's just have a same definition with a different phrase? 

"Just because it is dark, doesn't mean you can't see,
Tak nampak dengan mata kepala, pandang dengan mata hati"

JOM check each of those things dalam kamus okay :D

Wrapping membawa maksud membaluti atau membungkus.
or
Dalam English maksudnya adalah "To arrange or fold something about as cover or protection." 

Covering pula membawa maksud meliputi atau menutupi.
or disebut dalam English sebagai "To place something upon or over, so as to protect or CONCEAL."



By the definition, kita conclude that tujuan kedua-duanya adalah sama iaitu 'to protect' namun jelas di dalam definisi covering itu ada satu lagi tujuan yang tersirat yakni conceal. What does it means by conceal? CONCEAL means MENYEMBUNYIKAN.

Logically, kalau membungkus dengan kata lain membalut, the whole shape of something yang dibalut itu juga akan kelihatan secara zahirnya.

Tak ke ?

But, the covering definition gave a very deep meaning which is, by the covering something, at the same time, you try to sembunyikan ia dari pandangan zahiriah.

Kan ?


'Why does a Muslim woman has to cover up anywhere?' 

"Because it is our obligation to God. Because Allah told us to do so, it is a projection of our faith. Plus, Islam wants it's believers to be chaste, modest, and virtuous, hence the covering."

Make sense ?

But, no pointla kan kita cover our head by hijab when kita still wearing tight clothes.

Skinny jeans, hanging tee, tight cardigan.

.useless.

"The past is not always meant to be forgotten. It is meant to be lessons well learned."

Save Yourself Girl :)


"Let us veil our aurah for a bright akhirah"-FarahLee

Simple message dari diri buat diri.
May Allah bless. Selamat bermujahadah.

Saturday, August 17, 2013

Konklusi ‘Anthem’ by Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum <3
Punya ruang dan waktu untuk untuk menulis pendapat peribadi di sini.
Berkisar sebuah novel yang penuh dengan pelajaran, yang penuh dengan ilmu yang boleh dicedok untuk hari mendatang.

DONE with ANTHEM by HLOVATE :*


‘Anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Walau di ceruk bumi mane kita berpijak, hanya ‘Anthem’ inilah kita bawa ke mane-mane. ‘Anthem’ ini jugalah kita kongsikan dengan seluruh umat Islam di dunia. ‘Anthem’ itulah ‘Syahadah.’

Sekelam, sehitam mane hidup kita hari ini, jangan pernah berhenti untuk mencari perubahan. Selagi kita masih di bumi tuhan, esok masih punya harapan.

"Baik dan jahat tu bukan suatu hakikat,
kerana boleh yang satunya berubah dengan satu kalimat;
TAUBAT."

One word. Deep.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik jer sampai ke penghujung nyawa.

Alhamdulillah dipertemukan dengan karya beliau yang seterusnya selepas "5 Tahun 5 Bulan", "Versus", "Contengan Jalanan" dan "Aa+Bb" :D Yang lain masih belum bertemu jodoh. Masih dalam pencarian inshaALLAH. 

Terima kasih buat sahabat, kawan juga teman tercinta, ANIS ATHIRAH BINTI NGAH yang menghadiahkan "ini" kepada saya. Barakallah. Sama-sama ambil manfaat dari pembacaan karya beliau. 

Assalamualaikum. SMILE. With LOVE <3
May ALLAH bless.


Sunday, August 04, 2013

Duit Raya :*

Bismillah :) Ramadhan 26 inshaALLAH ^^

Assalamualaikum.

Senang-senang jer kan kita tengok orang lain cashout earning hasil promote ads, apa kata anda yang belom lagi mencuba untuk merasa pengalaman sendiri cashout duit hasil online :D

NAK MENDAFTAR ??
Tiada yuran tersembunyi. Tiada caj. Tiada modal diperlukan.

try 8SHARE 
*duit raya for you :)

*click banner ^^


Bila dah register jer dengan 8share, dyorang kasi RM5.00 dalam tempoh promosi. 

PROMOTION sampai 7 OGOS 2013

Jika hari biasa, setiap per register akan dapat RM1.00 sahaja.

Lepas register, almost every day, bolehlah tambah earning dengan promote link, ads yang ditawarkan kepada kawan-kawan :)

kuncinya satu ----> RAJIN!

Berminat? boleh register di ----> SINI :)


Thursday, July 04, 2013

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah !

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum to all readers :D Happy holiday kepada semua yang sedang bercuti panjang ;)

Dalam sebuah perjalanan kehidupan, manusia kerap dirundung masalah dan seringkali kerananya, manusia tersesat tanpa arah. Namun begitu, ketetapan tetap juga ketetapan. Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta kepada tuhan untuk hidup susah. Namun ketika manusia diuji, mereka memberi seribu satu pertanyaan serta keluhan di atas apa yang telah terjadi.


Sebenarnya Al-Quran sendiri telah menjelaskan segala bentuk pertanyaan manusia sebagai seorang khalifah di muka bumi. Samada kita sedar atau tidak sahaja tentang kehadiran ayat-ayat barakah yang menjawab segala pertanyaan dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh sepotong pertanyaan seperti : 


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN ?

Surah al-Baqarah (216) menjawab : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”


KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI ?

Surah al-Baqarah (286) menjawab : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”


KENAPA AKU TERTEKAN DENGAN UJIAN INI ?

Surah al-Imran (139) menjawab : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Surah al-Imran (45) menjawab : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata-mata..”


KEPADA SIAPA PATUT AKU SANDARKAN HARAPAN ?

Surah al-Taubah (129) menjawab : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal..”


Jelas lagi nyata Allah telah menurunkan setiap satu ujian dan persoalan beserta jawapan yang perlu kita cari untuk mengatasinya. Oleh itu, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Segala yang berlaku dalam hidup kita ada penawarnya. 

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat dikira tidak pernah selesai sampai ke akhirnya.. !
"Allah knows WHAT is the best for you and WHEN it's best for you to have it"

Selalu ada harapan bagi mereka yang BERDOA. Selalu ada pertolongan bagi mereka yang BERUSAHA. Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang BERTAWAKAL. Put your trust in Allah. InshaALLAH. Allah LOVE to those who put their trust in Him :')

Jangan sedih dengan apa yang kita kekurangan. Jangan kecewa dengan kelebihan orang lain. Allah tidak memberi bukan kerana Dia tidak menyayangi. Mungkin Dia mahu kita lebih bergantung kepadaNya lebih dari kita meletakkan segala pergantungan kepada manusia semata-mata. Mungkin juga setiap ujian itu menuntut kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan. Seseorang yang lebih matang dalam setiap tindakan.


Bersabarlah tika diduga sedemikian rupa kerana Allah sengaja menduga hambaNya agar tidak terus alpa dan leka dari mengingatinya. 

Akhir kalam segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu disandarkan kepada diri hamba yang menulis. Ku dedikasi entry ini buat seseorang yang baru diuji tuhan namun ku percaya ada insan yang lebih teruk ujiannya berbanding dirimu. La Tahzan. InnaALLAHa Ma'ana :') Pesan buat diri yang menulis juga.

Sincerely ~ with LOVE ~ CikPelangiSenja.

Wednesday, July 03, 2013

Sakit Itu Menggugurkan Dosa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum to all readers.. :)

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya ALLAH akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pepohon yang berguguran.." -HR Imam Al-Bukhari. 


ALLAH ALLAH, besarnya nikmatMu. Di setiap dan disebalik setiap sakit itu telah dijelaskan hikmahnya buat hamba-hambaNya yang tahu menghargai dan yang tahu bersyukur :')

Jangan pandang SAKIT itu sebagai PENDERAAN, dan jangan pula mudah BERBURUK SANGKA kepada ALLAH. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari ALLAH yang akan membersihkan diri kita dari DOSA dan NODA. 

Semua tercipta dengan penuh hikmah, namun tidak semua manusia mampu melihat keindahan setiap hikmah disebalik setiap sesuatu.

"GOD wishes to LIGHTEN your BURDEN for the human being is created WEAK"- An-Nisa' : 28


Usahlah kamu meletakkan tanda soal di mana ALLAH telah meletakkan tanda noktah. Usah ditanya mengapa dan kenapa diri ini diuji. Bukankah Allah sudah berjanji setiap ujian yang diturunkan buat hambaNya yang mampu menanggung setiap sakit dan ujian itu. 

Setiap sakit itu Allah beri kerana Dia mahu setiap hambaNya yang telah jauh dari mengingatiNya untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah. Bukankah itu hikmah terbesar buat seseorang bergelar hamba yang telah berjanji untuk taat serta patuh kepada sang pencipta ? Bersyukurlah kerana Allah menegur diri kamu. Allah tegur kerana Dia masih sayang !

Di dalam al-Quran ada menyebut :

"And when I am ILL, it is HE who CURES me.." (26:80)
 maksudnya :
 "Dan apabila aku SAKIT, DIALAH yang MENYEMBUHKAN aku.." (Asy-Syuara')


Apabila sesorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan mengutuskan 4 orang malaikat. Malaikat pertama akan mengambil selera makannya. Malaikat kedua akan mengambil rezekinya. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya yakni pucat mukanya dan malaikat keempat akan mengambil dosa-dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hambaNya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk memulangkan apa yang telah diambil mereka ketika hamba itu sakit. Namun, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk memulangkan kembali dosa-dosa kepada kita.

Lihatlah betapa tinggi sayangnya ALLAH kepada hambaNya, namun kita yang tidak menyedarinya !
"Ya ALLAH, biarlah setiap sakit yang ku rasa, menjadi penawar DOSA-DOSAKU..."

ameeeenn.


Tidaklah ALLAH menurunkan SAKIT kepadamu melainkan kerana CINTANYA kepadamu :')

Akhir kalam tiada kata seindah bahasa, diungkap penuh rasa dijiwa, menyemai kasih sesama kita, agar kita bersama sampai syurga. Ukhuwah Fillah Abadan Abada dariku buatmu :) 

with LOVE ~ CikPelangiSenja.