Friday, September 06, 2013

Resepi Apam Bunga or Apam Senyum

Assalamualaikum. Hari ny cuba resepi APAM ! Cubaan pertama, sedikit tak menjadi, sebab dia tak SENYUM ;D Tapi rasa still SEDAP ^^ Alhamdulillah.

Faktor dia tak merekah ala-ala bunga adalah keadaan bekas dan faktor-faktor lain.


Nak belajar ? Senang jer inshaALLAH, mula-mula buat tak kan nak terus jadi kan ^^ Yang penting jangan putus asa :D

Bahan-bahan: 

3 cawan tepung gandum (diayak)
2 biji telur
11/4 cawan gula castor (gula biasa diblend halus pon boleh)
1 sudu kecil Ovelet
11/2 cawan aiskrim soda ATAU sprite (air bergas)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Putar telur dengan gula sehingga kembang (pukul pakai garfu je :P)
Masukkan ovelet dan esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan aiskrim soda, kacaukan sehingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan ;)
Rehatkan selama 1/2 jam.
Sementara tu, panaskan periuk kukus.
Lepas 30 minit, sudukan adunan dalam mangkuk kecil, comel molek (bukan mangkuk kertas yang lembik tu)
Kukuskan lebih kurang 5 minit sehingga masak.

Petua dan Larangan:

Gunakan mangkuk acuan or cup yang sedikit tebal, sesuai dengan keadaan pengukus. Kalau guna cup cute untuk biskut raya seperti conflakes madu tu, alamatnya tak terbentuklah apam comel ini. Memerlukan bekas yang tough cenggitu :D

Air kukusan biarkan mendidih dengan betol-betol mendidih baru masukkan adunan untuk dikukus.

Alas penutup periuk kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh menitis di atas adunan.

Last but not least, jangan gunakan air 100 plus sebagai ganti kepada aiskrim soda or Sprite tadi :P Kalau guna macam di atas la hasilnya :D

Gunakan aiskrim soda or Sprite yang betol-betol bergas, bukan yang dah berulang kali dibuka penutupnya.


DONE, senang kan ^^
SELAMAT MENCUBA !

5 comments:

cik kiera said...

apam :*
thanks sharing yaa :)

tenku butang said...

wauu.. sedapnyaaa...

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Wah wah...sedapnyerr...rajinnya.....

x0x0 ^_^

Amyma Omar said...

wah bestnya kuih apam.. gebu2 je.. hehe thanx for the sharing.. btw,saya follow n jemput awk join GA ni http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html

CXopportunities said...

yummy. nmpk menarik. nak free blh? hihihi