Tuesday, September 03, 2013

Resepi Cake Chocholate Kukus Simple

Hai Assalamualaikum everybody ^^ Hai September :D

Okay, resepi "Cake Chocholate Kukus Simple".



Bahan: 

2 cawan tepung Blue Key
1 cawan gula yang dikisar halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo @ vico
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

Pukul telur guna sudip *(tak yah kembang sangat, tak yah guna machine pengadun).
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.
Kacau dengan sudip sehingga sebati (5 minit).
Didihkan periuk kukus.
Kukus selama 40 minit.

Hiasan: Mengikut kreativiti anda ;)

Bila dah tiba masa 40 minit, keadaan dia mengembang cantik sangat ^^
Keadaan permukaan atas dan bawah dia akan moist-moist gitu :D 
Kalau yang tak suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula ATAU susu.
Kalau tak letak susu, upkan sikit sukatan gula.
SIMPLE :D

Selamat Mencuba. InshaALLAH jadi.


2 comments:

luqman zakaria said...

yummy..nampak sedap!

~miss_clean~ said...

Will try Ikin..snng ny nk bt die...hihi