Saturday, August 17, 2013

Konklusi ‘Anthem’ by Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum <3
Punya ruang dan waktu untuk untuk menulis pendapat peribadi di sini.
Berkisar sebuah novel yang penuh dengan pelajaran, yang penuh dengan ilmu yang boleh dicedok untuk hari mendatang.

DONE with ANTHEM by HLOVATE :*


‘Anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Walau di ceruk bumi mane kita berpijak, hanya ‘Anthem’ inilah kita bawa ke mane-mane. ‘Anthem’ ini jugalah kita kongsikan dengan seluruh umat Islam di dunia. ‘Anthem’ itulah ‘Syahadah.’

Sekelam, sehitam mane hidup kita hari ini, jangan pernah berhenti untuk mencari perubahan. Selagi kita masih di bumi tuhan, esok masih punya harapan.

"Baik dan jahat tu bukan suatu hakikat,
kerana boleh yang satunya berubah dengan satu kalimat;
TAUBAT."

One word. Deep.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik jer sampai ke penghujung nyawa.

Alhamdulillah dipertemukan dengan karya beliau yang seterusnya selepas "5 Tahun 5 Bulan", "Versus", "Contengan Jalanan" dan "Aa+Bb" :D Yang lain masih belum bertemu jodoh. Masih dalam pencarian inshaALLAH. 

Terima kasih buat sahabat, kawan juga teman tercinta, ANIS ATHIRAH BINTI NGAH yang menghadiahkan "ini" kepada saya. Barakallah. Sama-sama ambil manfaat dari pembacaan karya beliau. 

Assalamualaikum. SMILE. With LOVE <3
May ALLAH bless.


1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

mai pn antara peminat karya hlovate tp anthem ni susah nk dpt..dh berapa bookstore pegi mmg xda..karya baru hlovate mmg susah nk jmpa