Wednesday, January 16, 2013

Sebuah Perjalanan Mentadabbur Alam 2

Assalamualaikum w.b.t selamat petang wahai dunia :D 

InshaAllah ini entry kesinambungan kisah Sebuah Perjalanan Mentadabbur Nikmat Ilahi serta Hiking Version 1 (^_____^)v ~ ade version di situ maksudnya akan ada penyenaraian baru list gunung yang bakal didaki esok hari, inshaAllah.. Mohon doa agar terus diberi kekuatan serta kesejahteraan kepada semua yang terlibat :D 

Kita belajar dari alam, mengambil ibrah dari apa yang Allah ciptakan seperti air yang berterusan mengalir mampu mengubah parit menjadi terusan, mengubah paya menjadi tasik. Itulah sifatnya air mengalir. 
Titisan air yang kecil juga berjaya membuat lekukan di batu apatah pula aliran yang besar. Ombak yang menghentam pasir juga akan selalu dapat mengubah pantai. Mengambil ibrah air yang mengalir !

Yakinlah bahawa setiap apa yang Allah ciptakan terdapat pengajaran yang disediakan buat makhlukNya. 
Maka, beruntunglah sesiapa yang menghargai fenomena ini,  melihat dan mentadabbur alam Allah.

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (45:13)

Bagi mereka yang berfikir, pasti mereka menyedari bahawa segala yang ada di alam ini tidak diciptakan sia-sia, bahkan terkandung 1001 hikmah penciptaan. Lantaran itulah Allah menyatakan hanya mereka yang berfikir serta berzikir sahaja akan mengerti nilai yang wujud di sebalik segala penciptaan.

Semakin kita tengok alam, semakin kita belajar dari alam !

Kisah Nabi Ibrahim A.S mentadabbur alam untuk mengenal siapa pencipta dirinya, sehinggakan baginda terlihat seekor haiwan lalu baginda berkata : 'Ini Tuhanku' hinggalah haiwan itu pergi dari pandangannya, lantas beliau menolak telahannya sendiri. Mana mungkin Tuhanku pergi meninggalkan aku !


Lantas apabila terlihat sang bulan di malam hari, baginda berkata : 'Ini Tuhanku' sehingga malam berganti siang sekali lagi baginda menyangkal pendapatnya sendiri. Mana mungkin Tuhanku hanya ada pada waktu malam.

Malam berganti siang. Terbit sang mentari lantas baginda berkata : 'Ini Tuhanku kerana ini yang paling besar !' menjengah senja, sang mentari hilang dari kaki langit ! 

Dipohonnya hidayah dari Tuhan lantas baginda berkata : 'Andaikata Tuhanku tidak memberi hidayah kepadaku, nescaya aku tergolong bersama mereka yang sesat'.




Itu kisah perjalanan baginda mentadabbur alam mencari sisi yang benar. Tiada kerugian walau sekelumit andai dipandu oleh arah yang betul !

Semoga jaulah kali ini memberi ibrah yang berharga buat kami dalam mencari erti sebuah kehidupan. Ku tinggalkan pesanan juga karangan ini sebagai kenangan di masa hadapan :D Barakallahu fikum.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu disandarkan kepada diri hamba yang menulis.
Assalamualaikum :D

1 comment:

Shad said...

kita kalau tengok dan memikirkan kejadian tuhan, akan dapat pahala kan?.. sbb time tu kita tgh mengingati tuhan sebenarnya.. :)