Tempat :: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
Gunung Datuk mempunyai ketinggian hanya 870 meter/2900 kaki dari aras laut dan ia merupakan antara salah satu gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan ianya terletak lebih kurang 20km dari Pekan Rembau. Taman Rekreasi Gunung Datuk ini dilengkapi dengan bilik air, bilik solat, dewan serbaguna serta beberapa chalet kecil. Terdapat sungai yang biasa dikunjungi oleh orang ramai untuk tujuan rekreasi dan mandi manda. Untuk tujuan mendaki Gunung Datuk’ pula setiap pendaki akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00.
Kami mula mendaki jam 11 pagi, seramai hampir 20 orang lebih kurang...Trek ke puncak adalah straightforward, lebar dan mudah. Kemungkinan untuk sesat adalah sangat kecil kerana laluan jelas kelihatan. Bagi pendakian 20 minit yang petama merupakan laluan mendatar sebelum sampai ke batu besar. Bagi 20 minit yang seterusnya kami melalui laluan berkecerunan 70-80 darjah. Keadaan trek agak lembap pada ketika itu dan mengakibatkan trek licin. Keadaan permukaan tanah di Gunung Dato’ ni rata-rata adalah tanah liat, berbatu-batu dan berakar.
Perjalan ke puncak secara purata mengambil masa dua hingga 2 setengah jam. Tetapi kami telah mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak kerana ketidakbiasaan kami mendaki. Puncak Gunung Datuk merupakan satu kawasan lapang serta mempunyai batu-batu besar. Untuk makluman semua di puncak Gunung Datuk ni tiada punca air. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke arah barat daya dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit.
Pengalaman yang sangat berharga...walaupon tersangatlah penat...
ke puncak seterusnyee
daa sampai puncak ponnnn
Dalam jam 3 petang kami mendaki turun gunung dan tiba di starting point sejam setengah kemudian...
Thats the price we have to pay for the fun. Worth it !
No comments:
Post a Comment