Friday, January 18, 2013

Travelog Sebuah Jaulah - Hiking Version 2

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t semua :D
Selamat pagi peeps.. 18Jan2013, diriku masih di sini, di bumi Nilai :D
Punye kisah sebuah kejadian semalam, 17jan2013..InshaAllah bakal di coretkan di sini.
Kesinambungan entry pengenalan ini :D

Setelah 2 minggu cadangan jaulah dipersetujui semua, hari itu tiba dengan kedinginan embun pagi. Perjalanan dimulakan dengan lafaz Bismillah dengan satu harapan, jaulah ini bukanlah untuk disia-siakan. Bahkan ianya menjadi satu pengalaman berharga yang tidak semua orang akan merasainya. Dalam keheningan pagi itu kami memulakan perjalanan jam 5.00 am. Agak kelewatan dari jadual sebenar. Bersama 3 buah kereta kami bergerak ke destinasi dirancang iaitu 'Broga Hill'..

Bukit Broga juga dikenali sebagai 'Bukit Lalang' kerana spesis rumput yang tumbuh dengan banyaknya di sini..terletak di Semenyih, Selangor kira-kira 40KM dari Kuala Lumpur melalui University of Nottingham. Dengan hanya 400m untuk menuju ke puncak dan mengambil masa 20-45 minit ! *bagi mereka yang sudah familiar dengan istilah hiking :D Bagi mereka yang kerap berhenti berehat, ianya mengambil masa sejam untuk tiba ke puncak ~


Perancangan awal untuk solat subuh di puncak terpaksa dibatalkan dek kelewatan tiba ke destinasi. Oleh itu setibanya di car park, kami tunaikan solat subuh dan meminta dipermudahkan seluruh perjalanan :D pukul 7 am kami mula menuju ke base letaknya kira-kira 1.7KM dari car park.



Selepas satu jam mendaki kami tiba di puncak pertama. Keadaan yang kadangkala berangin menyegarkan suasana pagi. Angin yang bertiup ke muka kadang kala menghilangkan masalah peribadi yang dicipta sendiri :P Sempat melihat matahari terbit walaupon masih dalam pendakian :D Sesungguhnya berada di puncak adalah satu kenikmatan selepas berpenat lelah mendaki dan mengabdikan foto itu adalah satu kewajipan sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.


Seterusnya pendakian diteruskan sehingga ke puncak ketiga iaitu puncak terakhir yang terdapat di Broga Hill dengan keadaan berbatu besar serta bertali untuk ke puncak atas.. Selepas bersenang lenang berada di atas, kira-kira jam 10 am kami beransur turun oleh kerana pancaran mentari yang makin membahang. Keadaan yang sebelum ini riuh dek manusia ibarat konsert jom heboh, sunyi sepi tatkala jam menunjukkan pukul 10 am :D hanya kumpulan kami berada di ketiga-tiga puncak ketika itu !


Tidak tamat di situ, perjalanan turun dengan keadaan yang curam dan berpasir menyukarkan sedikit perjalanan..Sehinggalah tiba di base, Alhamdulillah, Broga Hill akhirnya berjaya ditawan ! Seterusnya perjalanan diteruskan ke Sungai Tekala berhampiran Broga Hill.. Kali ketiga ke sini, kurang keterujaannya :P Tetapi..Alhamdulillah, menikmati air yang sangat sangat menyegarkan tubuh penat !


Sampai di sini dahulu coretan panjang lebar ini ku titipkan buat sahabat sekalian. Ini kisah kita, selamanya milik kita :D Kenangan itu untuk dicipta bukan untuk dilupa ! Barakallahu fikum ~

p/s :: Broga Hill adalah salah satu bukit yang pernah menjadi destinasi photoshoot pra perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Harlina..

8 comments:

Shad said...

ini kisah kita, selamanya milik kita.. :)

Unknown said...

woah ! omeyyy nyerr cik owner belog nieh ..! >,<

jauh da cik canon beraksi sbb dah sampai puncak broga .. ekekee~

# bile KITA pulak nak tawan broga ..? =P

ANISRAHIM said...

lawa tmpt ni dan mmg teringin nk pegi, tp belum sampai2 lagi :D

Razil Tahir said...

woah! broga hills dekat jer dengan rumah saya... Huhuhuhuhu

Razil Tahir said...

dekat jer dengan rumah saya... huhuhuhu

Yaya Mohd said...

yaya dok klang pon x p lgi bukt broga ni..hehe ;p

Aujinz said...

bestnya hiking... dah lama tak hiking... koh koh koh

Unknown said...

oooo knape xpergi bukit putih?sane lagi best,bolh mandi2 lg.kat broga xde ape2 sgt.panas jer lebey ehehe :p