Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers, silent readers, followers dan sahabat sahabat di luar sana..Hari ini, 14 Januari 2013 bersamaan 2 Rabiulawal 1434 hijrah :D
Cinta itu suci, mereka kotorkan dengan hawa nafsu. Cinta itu abadi, mereka membunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara. Cinta itu tinggi, mereka menghenyaknya ke lembah yang hina. Cinta itu putih bersih, mereka nodai dengan warna dosa yang hitam legam
Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah CINTA itu suci atau sebaliknya
Cintailah yang di hati
Itu CINTA hakiki dan murni
Jangan CINTA hanya nafsu
Itu CINTA palsu yang melulu
Betapa bahagia cintakan Tuhan
Apabila nafsu menjadi taruhan
Jiwa gelisah apabila berpisah
Asyik bertemu jemu bertamu
Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya CINTA Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak kan gelisah
Jauh terhubung rindu
Jauh terikat padu
Ketika Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yang bercinta, timbullah perasaan cinta dalam hati baginda. Lalu Allah SWT menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Malangnya disebabkan cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan menjadi lambang nafsu disebabkan kehidupan duniawi yang menyebabkan baginda dicampak ke dunia..Y__Y
Ini kisah di zaman baginda, ketika Adam mula diciptakan. Fitrah perlukan hidayah. Jika tidak, hidayah akan menjadi fitnah !
Ku mohon Allah teguhkan iman di dada, agar kita semua dapat menempuh jalan penuh berliku di luar sana. Menjadi insan yang baik itu mudah yang payahnya adalah mujahadah untuk terus istiqamah ! Kita belajar dan sama-sama terus belajar menjadi insan yang baik di jalanNya dan menjadi insan yang terus istiqamah di jalan yang diredhaiNya. Mujahadah itu payah kerana syurga itu manis !
Akhir kalam, ku tinggalkan nota ini sebagai pesanan peribadi buat diri hamba yang hina dan juga kepada readers yang singgah di teratak ini. Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri hamba yang lemah ~
Doakan buat diri ini agar terus menempuh jalan-jalan yang mudah di final exam :D Assalamualaikum ~
5 comments:
sma2 la kta berusaha mnjga cinta supaya kekal suci. .cewah. .hehehe :)
Cinta itu anugerah Allah swt, yang mencantikkan dan mengotorkan erti cinta tu, x lain xbukan, kiter sendiri. Beruntunglah mereka yang menjaga cinta itu dgn baik :)
cinta itu complicated.. sukar di ungkap.. cinta tu tahapnya tersendiri...bukan semua cinta tu bawa bahagia... ada juga yg sengsara.. wpun sengsara ada yg tak nak tinggalkan cinta sebegitu hanya kerana sekadar rasa syg...
cinta itu buta.. kini dah paham ape maksudnya..hehe
hanya yang tahu makna cinta, dapat merasainya ..
# cinta itu fitrah , jangan sampai jadi fitnah .. :)
Post a Comment