Wednesday, January 30, 2013

Perkara Besar yang Dipandang Kecil

Assalamualaikum w.b.t ^^, selamat pagi dunia.. Sambil-sambil layan cerita kanak-kanak dekat TV9 nii, ade pulak iklan tentang pilihanraya :D Jadinya entry kali ini adalah entry yang agak serius..! Perkara besar yang dipandang kecil oleh sebahagian umat manusia kini. Mana taknye, muslimah kini sibuk dengan frasa terkenal di abad ini "wahai pemilik tulang rusukku..", "bercinta selepas nikah itu indah" dan lain-lain..Bukan nak menafikan kebenaran semua itu, cuma apa kata, kadang-kadang kita basuh minda kita dengan isu semasa :D Rasanya tak salah !


Ulama' menyatakan bahawa hukum mengundi adalah WAJIB dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang diundi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah !

"ما لا يتم الواجب ألا به فهو واجب"

Maksudnya:

Sesuatu itu tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.
Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib dan lain-lain....

Justeru itu, warganegara yang layak mengundi wajib menunaikan tanggungjawab mereka atas dasar penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka tidak boleh berkompromi dengannya. Ini kerana, memberikan kuasa kepada orang yang akan memberi kerosakan adalah HARAM kerana bersubahat dengannya !

Juga soalan sama pernah ditanya kepada penceramah bebas yang kian popular dan menjadi fenomena anak muda kini, Ustaz Azhar Idrus.


Terang lagi nyata :D

Sebuah perkongsian ringkas tapi cukup mendalam dan sampai maksudnya bagi kaum yang berfikir.. Wallahua'lam ^^v 

Saturday, January 26, 2013

Ya Hanana - Betapa Beruntungnya Kami !

Assalamualaikum w.b.t semua ^^v Selamat pagi ! Dah lama tak menulis, tak menaip sebab malas nak berfikir ~,~'' okay, hari nii 26 Jan 2013 bersamaan 14 RabiulAwal 1434 H.. Seperti yang kita semua maklum, 2 hari lepas merupakan cuti umum bersempena sambutan maulidur rasul :) Alhamdulillah, sambutan tahun ini sempat diri ini menyaksikan perarakan selawat ke atas nabi junjungan besar ~ Kenapa baru sekarang nak update tentang hari kejadian ? Sebab that day, sibuk dengan hal-hal dunia.. huhu ^^, Baru sekarang berkesempatan, Alhamdulillah Allah masih memberi peluang !


Tema Maulidur Rasul 2013 Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Firman Allah (maksudnya):
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan al-Wasat yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna 'pertengahan'. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
 Tidaklah tafsiran al-Quran itu dengan melihat makna dari segi bahasanya sahaja, sehingga 'pertengahan' itu ditafsirkan sebagai pertengahan diantara baik dan buruk, adil dan zalim sama-sama dilakukan !


Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Surah al-Baqarah: 42)

Pada zaman awal islam, tiada sambutan hari kelahiran mereka mahupun Nabi Muhammad sendiri kerana pada masa itu mereka kerap bertemu Nabi tambahan lagi ketika mereka rindukan Nabi Muhammad. Jika tidak pun selawat ke atas Baginda sentiasa meniti di bibir tanda kecintaan para sahabat terhadap baginda Nabi S.A.W 

Pada zaman tabi'in, umat Islam sudah berselerakan di seluruh dunia sehinggakan mereka juah dari ajaran Islam dek semakin jauh dari roh dan perjuangan nabi S.A.W. Bertitip dari situ lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji yang mengandungi kisah Rasulullah dari kelahirannya sehingga masa wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan dengan menarik de hadapan orang ramai bagi membangkitkan kecintaan kita terhadap Nabi S.A.W.

Untuk lebih membangkitkan rasa cinta, diadakan sambutan bagi meraikan hari kelahiran baginda Nabi S.A.W. Dari situlah sejarah sambutan Maulidur Rasul yang tiap tahun disambut di negara kita. Sambutan yang disambut bukanlah untuk menyambut hari kelahiran baginda semata-mata tetapi bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang ditempuh sepanjang kehidupan baginda yang mana ia semakin hari semakin dilupakan.. Y__Y

Ku tinggalkan karangan ini sebagai peringatan buat diri hamba juga buat diri semua hadirin hadirat yang membaca :) 

Nabi S.A.W bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku" (Ibn Mas'ud r.a)



Ya Hanana :D
#Salam Maulidur Rasul 1434H#

Monday, January 21, 2013

"Awesome Photo Contest by Shadhira"

Assalamualaikum :D selamat petang world ! Entry hari ini, entry khas dan khusus untuk seseorang ~
Bagi menunaikan janji janji lama ini, cik ekin rasminya menyertai photo contest !

http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2013/01/awesome-photo-contest-by-shadhira.html
*terlupa cara nak backlink banner ke link :D maaf !

Oleh itu cik ekin mempertaruhan gambar ini..


dan juga ini ~


Gambar ini diambil pada hari raya 2012 yang lepas.. Kami berteman sejak di bangku sekolah, tingkatan 1 mungkin.. Alhamdullillah, walaupon sekarang masing-masing punya haluan berbeza, kami masa ada tujuan yang sama :D

"Aku memiliki satu sahabat yang bukan berada disampingku tetapi berada dihatiku, jikalau aku susah aku akan memanggil lubuk hatiku tersebut, kerana disitulah kau berada, sahabatku"

Last but not least, cik ekin tag yaya :D Semua followers and readers boleh direct ke link di atas untuk sebarang pencerahan ~ Sekian untuk hari ini :D 




Friday, January 18, 2013

Travelog Sebuah Jaulah - Hiking Version 2

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t semua :D
Selamat pagi peeps.. 18Jan2013, diriku masih di sini, di bumi Nilai :D
Punye kisah sebuah kejadian semalam, 17jan2013..InshaAllah bakal di coretkan di sini.
Kesinambungan entry pengenalan ini :D

Setelah 2 minggu cadangan jaulah dipersetujui semua, hari itu tiba dengan kedinginan embun pagi. Perjalanan dimulakan dengan lafaz Bismillah dengan satu harapan, jaulah ini bukanlah untuk disia-siakan. Bahkan ianya menjadi satu pengalaman berharga yang tidak semua orang akan merasainya. Dalam keheningan pagi itu kami memulakan perjalanan jam 5.00 am. Agak kelewatan dari jadual sebenar. Bersama 3 buah kereta kami bergerak ke destinasi dirancang iaitu 'Broga Hill'..

Bukit Broga juga dikenali sebagai 'Bukit Lalang' kerana spesis rumput yang tumbuh dengan banyaknya di sini..terletak di Semenyih, Selangor kira-kira 40KM dari Kuala Lumpur melalui University of Nottingham. Dengan hanya 400m untuk menuju ke puncak dan mengambil masa 20-45 minit ! *bagi mereka yang sudah familiar dengan istilah hiking :D Bagi mereka yang kerap berhenti berehat, ianya mengambil masa sejam untuk tiba ke puncak ~


Perancangan awal untuk solat subuh di puncak terpaksa dibatalkan dek kelewatan tiba ke destinasi. Oleh itu setibanya di car park, kami tunaikan solat subuh dan meminta dipermudahkan seluruh perjalanan :D pukul 7 am kami mula menuju ke base letaknya kira-kira 1.7KM dari car park.



Selepas satu jam mendaki kami tiba di puncak pertama. Keadaan yang kadangkala berangin menyegarkan suasana pagi. Angin yang bertiup ke muka kadang kala menghilangkan masalah peribadi yang dicipta sendiri :P Sempat melihat matahari terbit walaupon masih dalam pendakian :D Sesungguhnya berada di puncak adalah satu kenikmatan selepas berpenat lelah mendaki dan mengabdikan foto itu adalah satu kewajipan sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.


Seterusnya pendakian diteruskan sehingga ke puncak ketiga iaitu puncak terakhir yang terdapat di Broga Hill dengan keadaan berbatu besar serta bertali untuk ke puncak atas.. Selepas bersenang lenang berada di atas, kira-kira jam 10 am kami beransur turun oleh kerana pancaran mentari yang makin membahang. Keadaan yang sebelum ini riuh dek manusia ibarat konsert jom heboh, sunyi sepi tatkala jam menunjukkan pukul 10 am :D hanya kumpulan kami berada di ketiga-tiga puncak ketika itu !


Tidak tamat di situ, perjalanan turun dengan keadaan yang curam dan berpasir menyukarkan sedikit perjalanan..Sehinggalah tiba di base, Alhamdulillah, Broga Hill akhirnya berjaya ditawan ! Seterusnya perjalanan diteruskan ke Sungai Tekala berhampiran Broga Hill.. Kali ketiga ke sini, kurang keterujaannya :P Tetapi..Alhamdulillah, menikmati air yang sangat sangat menyegarkan tubuh penat !


Sampai di sini dahulu coretan panjang lebar ini ku titipkan buat sahabat sekalian. Ini kisah kita, selamanya milik kita :D Kenangan itu untuk dicipta bukan untuk dilupa ! Barakallahu fikum ~

p/s :: Broga Hill adalah salah satu bukit yang pernah menjadi destinasi photoshoot pra perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Harlina..

Wednesday, January 16, 2013

Sebuah Perjalanan Mentadabbur Alam 2

Assalamualaikum w.b.t selamat petang wahai dunia :D 

InshaAllah ini entry kesinambungan kisah Sebuah Perjalanan Mentadabbur Nikmat Ilahi serta Hiking Version 1 (^_____^)v ~ ade version di situ maksudnya akan ada penyenaraian baru list gunung yang bakal didaki esok hari, inshaAllah.. Mohon doa agar terus diberi kekuatan serta kesejahteraan kepada semua yang terlibat :D 

Kita belajar dari alam, mengambil ibrah dari apa yang Allah ciptakan seperti air yang berterusan mengalir mampu mengubah parit menjadi terusan, mengubah paya menjadi tasik. Itulah sifatnya air mengalir. 
Titisan air yang kecil juga berjaya membuat lekukan di batu apatah pula aliran yang besar. Ombak yang menghentam pasir juga akan selalu dapat mengubah pantai. Mengambil ibrah air yang mengalir !

Yakinlah bahawa setiap apa yang Allah ciptakan terdapat pengajaran yang disediakan buat makhlukNya. 
Maka, beruntunglah sesiapa yang menghargai fenomena ini,  melihat dan mentadabbur alam Allah.

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (45:13)

Bagi mereka yang berfikir, pasti mereka menyedari bahawa segala yang ada di alam ini tidak diciptakan sia-sia, bahkan terkandung 1001 hikmah penciptaan. Lantaran itulah Allah menyatakan hanya mereka yang berfikir serta berzikir sahaja akan mengerti nilai yang wujud di sebalik segala penciptaan.

Semakin kita tengok alam, semakin kita belajar dari alam !

Kisah Nabi Ibrahim A.S mentadabbur alam untuk mengenal siapa pencipta dirinya, sehinggakan baginda terlihat seekor haiwan lalu baginda berkata : 'Ini Tuhanku' hinggalah haiwan itu pergi dari pandangannya, lantas beliau menolak telahannya sendiri. Mana mungkin Tuhanku pergi meninggalkan aku !


Lantas apabila terlihat sang bulan di malam hari, baginda berkata : 'Ini Tuhanku' sehingga malam berganti siang sekali lagi baginda menyangkal pendapatnya sendiri. Mana mungkin Tuhanku hanya ada pada waktu malam.

Malam berganti siang. Terbit sang mentari lantas baginda berkata : 'Ini Tuhanku kerana ini yang paling besar !' menjengah senja, sang mentari hilang dari kaki langit ! 

Dipohonnya hidayah dari Tuhan lantas baginda berkata : 'Andaikata Tuhanku tidak memberi hidayah kepadaku, nescaya aku tergolong bersama mereka yang sesat'.




Itu kisah perjalanan baginda mentadabbur alam mencari sisi yang benar. Tiada kerugian walau sekelumit andai dipandu oleh arah yang betul !

Semoga jaulah kali ini memberi ibrah yang berharga buat kami dalam mencari erti sebuah kehidupan. Ku tinggalkan pesanan juga karangan ini sebagai kenangan di masa hadapan :D Barakallahu fikum.
Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu disandarkan kepada diri hamba yang menulis.
Assalamualaikum :D

Monday, January 14, 2013

Cinta Itu Di Hati

Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers, silent readers, followers dan sahabat sahabat di luar sana..Hari ini, 14 Januari 2013 bersamaan 2 Rabiulawal 1434 hijrah :D 

Cinta itu suci, mereka kotorkan dengan hawa nafsu. Cinta itu abadi, mereka membunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara. Cinta itu tinggi, mereka menghenyaknya ke lembah yang hina. Cinta itu putih bersih, mereka nodai dengan warna dosa yang hitam legam

Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah CINTA itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang di hati
Itu CINTA hakiki dan murni
Jangan CINTA hanya nafsu
Itu CINTA palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan
Apabila nafsu menjadi taruhan 
Jiwa gelisah apabila berpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya CINTA Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak kan gelisah
Jauh terhubung rindu
Jauh terikat padu

Ketika Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yang bercinta, timbullah perasaan cinta dalam hati baginda. Lalu Allah SWT menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut. Malangnya disebabkan cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan menjadi lambang nafsu disebabkan kehidupan duniawi yang menyebabkan baginda dicampak ke dunia..Y__Y

Ini kisah di zaman baginda, ketika Adam mula diciptakan. Fitrah perlukan hidayah. Jika tidak, hidayah akan menjadi fitnah ! 



Ku mohon Allah teguhkan iman di dada, agar kita semua dapat menempuh jalan penuh berliku di luar sana. Menjadi insan yang baik itu mudah yang payahnya adalah mujahadah untuk terus istiqamah ! Kita belajar dan sama-sama terus belajar menjadi insan yang baik di jalanNya dan menjadi insan yang terus istiqamah di jalan yang diredhaiNya. Mujahadah itu payah kerana syurga itu manis !

Akhir kalam, ku tinggalkan nota ini sebagai pesanan peribadi buat diri hamba yang hina dan juga kepada readers yang singgah di teratak ini. Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri hamba yang lemah ~ 
 Doakan buat diri ini agar terus menempuh jalan-jalan yang mudah di final exam :D Assalamualaikum ~

Sunday, January 13, 2013

Ibu! Apa Salah Adik..?


Bulan 1:

Bu.. panjang adik baru 2cm ,
Adik sayang sangat kat ibu,
tiap kali adik dengar bunyi jantung ibu berdenyut,
adik bahagia sangat,
kadang-kadang ia menjadi zikir terindah
yang teman adik dekat dalam sini ..

Bulan 2:
Bu.. adik dah boleh merasa jari jemari adik ,
dekat sini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar ,
ibu janji ibu peluk adik selalu ye ..

Bulan 3:
Bu.. biar pun adik belum tau jenis jantina adik ,
tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila
adik dilahirkan.. Jangan menangis ya bu ,
kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4:
Bu .. rambut adik dah mula tumbuh ,
adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5:
Bu .. tadi jumpa doktor ya , doktor cakap apa ..?
Αpa benda D&E tu bu ? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu..?

Bulan 6:
Ibu jumpa doktor tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..!
Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..?
Benda tajam tu mula memotong rambut adik ,
bu tlong adik , adik takutt..Benda tajam tu pula memotong
kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki ,
adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu..
Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik ,
ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu..
Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, 
adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi ..
Benda itu sekarang sudah mula memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu ..
Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu ,
adik teringin nak peluk ibu ..

Bulan 7:
Bu , adik di sini sihat-sihat je,
adik dah berjumpa dengan Allah di Syurga ,
Allah telah mengembalikan semua organ tubuh adik
yang dipotong benda tajam itu ,
Allah telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk ,
memegang tangan , menggendong adik dgn lembut ,
Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..?
Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya ,
semoga Allah menempatkan ibu di sini ,
nanti kita main-main disini , dan jangan lupa ,
ajak ayah juga ya bu .. ♥

source:facebook ~

*Seorang bayi yang belum sempat di lahirkan ke dunia ini mendapatperlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..tegar sungguh si ibu melakukan sedemikian.. sudahlah melakukan perkara keji, ditambah satu lagi perkara keji.. Allah !

Aku mohon kepadaMu, lindungilah aku dari perkara-perkara keji sebegitu kerana aku juga wanita biasa yang yang rapuh iman di dadanya ! Segala puji-pujian hanya buatmu Ya Tuhan sekalian Alam TT____TT


Hanya padaMu ku berserah, hanya padamu ku memohon dan meminta agar kau teguhkan iman di dada dada kami Ya Allah ! agar kami dapat melayari kehidupan di dunia tak melebihi kehidupan yang kekal abadi nanti, agar kami sentiasa terpelihara dari perkara-perkara mungkar Ya Allah ~ 


Sungguh takut akan fitnah dunia akhir zaman :'( 


Ku tinggalkan pesanan ini khusus buat diri hamba ! semoga ini menjadi sebuah titik kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya..juga ku tujukan pesanan ini kepada semua silent readers di luar sana, para blogger, semua followers yang bertandang membaca picisan ini.. Barakkallah !


Wednesday, January 09, 2013

Di Senja Ini

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dunia :D 

Akhirnya, setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia bloging, kini 9 januari 2013 memberi catatan baru mungkin..sebagai hadiah hari jadiku sendiri mungkin >,< kini genap 22 tahun usia cik ekin, semoga bertambahnya usia kita selari dengan amal dan sikap kita, inshaAllah !

Last publish post 23 Julai 2012 and now kita di tahun 2013..agak lama masa senggang tanpa bloging..semoga selama tempoh ini, cik ekin berusaha menjadi seorang penulis yang baik, yang matang sematang angka dirinya :D

Disebabkan tempoh yang agak lama diri ini meninggalkan dunia bloging, lantas memperkenalkan diri hamba yang kerdil ini kepada perlu banyaknya pembacaan agar kita dapat menyerap segala input untuk mendidik diri menjadi seorang yang lebih berpengetahuan juga seorang yang matang !

Seperti yang dirancangkan dan dijadualkan cik ekin akan istiqamah dalam penulisan dan menjadikan Dr. Zainur Rashid Zainuddin sebagai ikon dalam dunia penulisan..bila membaca setiap bait kata beliau, ianya sangat mendorong dan sangat memberi inspirasi kepada hamba.. :D 

Sila abaikan post-post pra-matang sebelum ini :P kerana hamba tidak punya masa nak scroll down all the post and delete >,< memerlukan masa yang agak lama.. memandangkan sekarang cik ekin sedang berperang dengna final exam semester 5, hanya sedikit masa yang diperuntukkan untuk bloging :D 

Sebagai post yang pertama ini, dengan rendah diri cik ekin ingin meminta maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang bergelar seorang blogger, title yang sangat dirindukan suatu ketika dulu *auchhhh, tacing :'D

Sekarang title itu kembali buat diriku tetapi dengan dimensi dan cara yang baru, inshaAllah..hampir senja ku tinggalkan karangan ini untuk menjadi tatapan masa depan :D semoga diri ini punya masa, punya kesempatan untuk terus mencoret dan melakar warna warna penulisan..!

Salam maghrib dari hamba kerdil :D