Friday, April 26, 2013

Allah Maha Tahu

Bismillah, Assalamualaikum w.b.t. Diri ini sedang belajar terima kenyataan. Kenyataan yang hendak didiskripsikan sebagai apa pon tidaklah diketahui. Hanya organ dalaman yang merasai.. =P 

Allah Maha Tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa diri kita. Bukankah ujian itu tanda CINTA dan KASIH SAYANG Allah kepada kita. Tanda Allah mahu kita dekat denganNya. Tanda supaya kita mengingati Dia lebih dari kita mengingati seorang makhluk. Tanda Dia mahu kita terusan berdoa meminta momohon petunjuk hidayah serta jalan keluar hanya padaNya. Tanda Allah RINDU mahu kita merintih dalam setiap doa. 


"Berdoalah kepadaKu nescaya akan kuperkenankan doa bagimu.." (Surah Al-Mukmin: 60)

Kadangkala kita berdoa dan memohon kepadaNya, namun kita terasa seolah-olah doa itu lambat dimakbulkan. Bersabarlah, kerana Allah Maha Tahu. 

Doa ada 3 kategori : 
1) Doa yang dimakbulkan.. 
2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah Maha tahu bila masanya yang sesuai untuk memakbulkan doa kita..
3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah Maha Tahu apa yang lebih baik untuk kita..

Tidaklah semua yang kita impikan itu akan jadi milik kita juga akhirnya, kerana sesungguhnya semuanya itu telah tertulis. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah itu Maha Hebat kerana hanya Allah yang Maha Tahu.


"Berilah aku keberanian untuk aku mengubah sesuatu yang mampu diubah dan Kau berilah aku keikhlasan untuk menerima sesuatu yan tidak mampu diubah."

"Tuhan kamu lebih mengetahui keadaan kamu, jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu, atau jika Dia kehendaki Dia akan menyeksa kamu.." (Surah Al-Isra' 17:54)

Allah Maha Tahu apa yang kita layak dapat, apa yang kita berhak dapat, apa yang berhak kita miliki, dan apa yang berhak kita rasai. Janganlah bersedih duhai hati-hati diluar sana :D *pesan buat hati ini juga.


Jangan kita jadi PEMUJA DUNIA.
 Bila dunia pergi dia merasa rugi, bila dunia datang dia lupa diri !

"Allah listens and already knows what is in your heart but He want you to ask Him for what you want."

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Life kita ni hanya sekali. Life kita ni juga hanya persinggahan sementara di dunia. Tiada apa yang perlu disesali atas apa yang sudah terjadi.


Berbahagialah kamu atas apa yang kamu miliki di dunia, ibu ayah, keluarga, kawan dan sahabat yang ramai, juga harta-harta kamu. Janganlah kamu merasa tidak puas saat diuji setelah diberi dengan segala macam kemewahan. Hidup ini hanya sementara, selagi nyawa masih ada, selagi diberi pinjam udara, selagi rahmat tuhan itu ada, manfaatkan ia sebaiknya.

-END-


7 comments:

Anonymous said...

Haa. Setiap kali down or whatsoever, akanku belek entry ni. InshaAllah boleh gather strength semula. Thanks buddy :') <3

Unknown said...

mmm sy pun sedang diuji sekarng.harap smua ok saje :)

azzat fiqrie said...

keep calm :)

Shad said...

ujian tu tandanya Allah sayangkan kita :)
kuat ya ..

Unknown said...

keep calm n smile.. ^__^

awak tak pernah berseorangan.. :)

Aien D said...

Trima kasih bnyk2 utk entry nie :')

Unknown said...

mcm camera LOMO pulak..nice