Sunday, January 19, 2014

Tips Memulakan Hari Pertama di Tempat Kerja

Bismillah. Assalamualaikum.

InshaALLAH ini entry berilmiah. Keep it Ilmiah bak kata englishjer.com :P

Buat insan-insan fresh graduates seperti saya, make sense sikit la kita nak story tentang kerjakan. Walaupun, hanya untuk beberapa bulan latihan praktikum, first impression company kepada kita sangat-sangatlah penting. Kalau ada rezeki, bila mana mereka, pihak atasan melihat kebolehupayaan kita mengangkat nama syarikat, siapa tahukan mereka menawarkan kita kerja yang tetap. 
InshaALLAH <3

Tips dibawah, tidaklah dijamin berkesan seratus peratus. Boleh cuba. Semoga berguna dan berbaloi-baloi ^^



1) BREAKFAST- Jangan diremehkan. Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Bukan suruh makan yang berat-berat pun. Asalkan boleh jadi alas perut kira okay dah. Nanti, hari first, tak pasal-pasal pitam dekat office. Tak ke jadi kenangan berharga. Lebih baik jangan, perut lapar boleh ganggu mood. So, pendek kata, sarapan pagi sangatlah penting. Antara kelebihan lainnya adalah:
  • Hidup menjadi lebih sihat
  • Sebagai sumber tenaga tubuh
  • Dapat meningkatkan kemampuan otak
  • Tumpuan dan mood menjadi lebih baik

2) RAMAH atau dalam erti kata lain, RINGANKAN MULUT- Sebagai orang baru di tempat yang baru, janganlah korang berat mulut nak bercakap, berat mulut nak bertanya, berat mulut nak senyum, dan macam-macam jenis berat lagilah. Kalau kita pandai-pandai je buat sesuatu tanpa sebarang pertanyaan kepada orang-orang yang lebih senior, buruk padahnya nanti. Jangan diundang bahaya.
Bendanya mudah, kalau tak tahu tanya. 

Selain itu, murahkan senyum kepada orang-orang sekeliling. Walaupun diorang tak balas. Walaupun diorang pandang kau dengan pandangan yang awkward. Mana tahu, suatu hari nanti, bila suatu saat kita perlukan pertolongan diorang, tidaklah rasa malu dengan diri sendiri. Tak gittew.

3) THINK POSITIVE- Dalam hidup ini, tiada benda yang mudah. Segalanya ada cabaran tersendiri. Begitu juga dengan first day kerja. Macam-macam kau kena buat. Kadang-kadang tak munasabah dek job scope kau. Tapi, take it as a challenge. Biasalah. Banyakkan bersabar. Fikir positive. Mana tahu, benda yang kau kata tak masuk akal itu nantilah yang akan buat kau belajar sesuatu yang baru. Timba pengalaman. Jangan mudah putus asa. *Pesanan penaja buat diri sendiri jugaaaa :P

4) RENDAH DIRI atau bahasa lainnya JANGAN SOMBONG- Haa, ini satu hal lagi. Sebagai orang baru, kau kena selalu mengamalkan sifat yang satu ini. Ini tempat orang, bukan tempat kau. Selalulah dekati staff yang senior untuk perkara-perkara yang kurang difahami. Terimalah segala dorongan dan kritikan mereka dengan hati yang terbuka. Okay ? Ye pun kau pointer tahap 4.0 sokmo, jangan sombong. Kadang, pengalaman itu lebih penting dari segala-galanya.

Okay, tamat sudah tips untuk kali ini. Nanti sambung dengan tips yang pula yeee :) Selamat berpraktikum semua. Good luck. ALL THE BEST ^^ Doakan saya <3


1 comment:

Nur syarifah said...

Salam ziarah.info yg baik : )