Thursday, July 04, 2013

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah !

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum to all readers :D Happy holiday kepada semua yang sedang bercuti panjang ;)

Dalam sebuah perjalanan kehidupan, manusia kerap dirundung masalah dan seringkali kerananya, manusia tersesat tanpa arah. Namun begitu, ketetapan tetap juga ketetapan. Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta kepada tuhan untuk hidup susah. Namun ketika manusia diuji, mereka memberi seribu satu pertanyaan serta keluhan di atas apa yang telah terjadi.


Sebenarnya Al-Quran sendiri telah menjelaskan segala bentuk pertanyaan manusia sebagai seorang khalifah di muka bumi. Samada kita sedar atau tidak sahaja tentang kehadiran ayat-ayat barakah yang menjawab segala pertanyaan dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh sepotong pertanyaan seperti : 


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN ?

Surah al-Baqarah (216) menjawab : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”


KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI ?

Surah al-Baqarah (286) menjawab : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”


KENAPA AKU TERTEKAN DENGAN UJIAN INI ?

Surah al-Imran (139) menjawab : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Surah al-Imran (45) menjawab : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata-mata..”


KEPADA SIAPA PATUT AKU SANDARKAN HARAPAN ?

Surah al-Taubah (129) menjawab : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal..”


Jelas lagi nyata Allah telah menurunkan setiap satu ujian dan persoalan beserta jawapan yang perlu kita cari untuk mengatasinya. Oleh itu, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Segala yang berlaku dalam hidup kita ada penawarnya. 

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat dikira tidak pernah selesai sampai ke akhirnya.. !
"Allah knows WHAT is the best for you and WHEN it's best for you to have it"

Selalu ada harapan bagi mereka yang BERDOA. Selalu ada pertolongan bagi mereka yang BERUSAHA. Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang BERTAWAKAL. Put your trust in Allah. InshaALLAH. Allah LOVE to those who put their trust in Him :')

Jangan sedih dengan apa yang kita kekurangan. Jangan kecewa dengan kelebihan orang lain. Allah tidak memberi bukan kerana Dia tidak menyayangi. Mungkin Dia mahu kita lebih bergantung kepadaNya lebih dari kita meletakkan segala pergantungan kepada manusia semata-mata. Mungkin juga setiap ujian itu menuntut kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan. Seseorang yang lebih matang dalam setiap tindakan.


Bersabarlah tika diduga sedemikian rupa kerana Allah sengaja menduga hambaNya agar tidak terus alpa dan leka dari mengingatinya. 

Akhir kalam segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu disandarkan kepada diri hamba yang menulis. Ku dedikasi entry ini buat seseorang yang baru diuji tuhan namun ku percaya ada insan yang lebih teruk ujiannya berbanding dirimu. La Tahzan. InnaALLAHa Ma'ana :') Pesan buat diri yang menulis juga.

Sincerely ~ with LOVE ~ CikPelangiSenja.

8 comments:

Shad said...

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan...

Masmira Masri said...

salam perkenalan...baru follow sini...
la tahzan...
jemput singgah n follow blog mya
http://myaleo.blogspot.com/

Muslimedica said...

innallaaha ma'anaa

Ammelia said...

selepas setiap kesusahan akan ada kesenangan ^^

Unknown said...

sy pernah jg tanya mcm2 bila byk sgt ujian.tp lama2 sedar lah balik sb kite ni manusia biase je.hambaNYa :)

Shafiq Hashim said...

Allah Sentiasa Umatnya Yang Sabar :)

Anonymous said...

Okay. I'll keep smiling, whatever happen ;)

Unknown said...

serious zuppp masuk dalam hati baca post ni. tQ infonyaa. :)