Bismillah, Assalamualaikum w.b.t. Diri ini sedang belajar terima kenyataan. Kenyataan yang hendak didiskripsikan sebagai apa pon tidaklah diketahui. Hanya organ dalaman yang merasai.. =P
Allah Maha Tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa diri kita. Bukankah ujian itu tanda CINTA dan KASIH SAYANG Allah kepada kita. Tanda Allah mahu kita dekat denganNya. Tanda supaya kita mengingati Dia lebih dari kita mengingati seorang makhluk. Tanda Dia mahu kita terusan berdoa meminta momohon petunjuk hidayah serta jalan keluar hanya padaNya. Tanda Allah RINDU mahu kita merintih dalam setiap doa.
Kadangkala kita berdoa dan memohon kepadaNya, namun kita terasa seolah-olah doa itu lambat dimakbulkan. Bersabarlah, kerana Allah Maha Tahu.
Doa ada 3 kategori :
1) Doa yang dimakbulkan..
2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah Maha tahu bila masanya yang sesuai untuk memakbulkan doa kita..
3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah Maha Tahu apa yang lebih baik untuk kita..
Tidaklah semua yang kita impikan itu akan jadi milik kita juga akhirnya, kerana sesungguhnya semuanya itu telah tertulis. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah itu Maha Hebat kerana hanya Allah yang Maha Tahu.
"Tuhan kamu lebih mengetahui keadaan kamu, jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu, atau jika Dia kehendaki Dia akan menyeksa kamu.." (Surah Al-Isra' 17:54)
Allah Maha Tahu apa yang kita layak dapat, apa yang kita berhak dapat, apa yang berhak kita miliki, dan apa yang berhak kita rasai. Janganlah bersedih duhai hati-hati diluar sana :D *pesan buat hati ini juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi, bila dunia datang dia lupa diri !
"Allah listens and already knows what is in your heart but He want you to ask Him for what you want."
Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Life kita ni hanya sekali. Life kita ni juga hanya persinggahan sementara di dunia. Tiada apa yang perlu disesali atas apa yang sudah terjadi.
-END-