Friday, March 22, 2013

Hilang Sebuah Permata Islam

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t.
InshaAllah, entry khas ini sempena pemergian seorang ulama agung yang telah kembali bertemu penciptanya.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah ~

Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.


Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."


Beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)

*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid.


Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guru dan Mujtahid Ummah, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.

p/s bagi yang belom mengenali beliau, boleh search di blog-blog yang telah menyediakan biodata beliau :(

Friday, March 15, 2013

Kerana Kenangan Itu Indah

Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu :) Dalam kesibukan diri menghitung waktu yang cepat berlalu, sedar tidak sedar seminggu diriku tidak menjengah ruangan ini :') rindu mungkin !

"Hidup tidak selalunya INDAH, tetapi yang INDAH itu tetap hidup dalam KENANGAN.." 


Lets bygone be bygone..Life has to go on !

Kata orang, senyum itu memberi seribu makna. Jangan kerana melihat aku tersenyum bermaksud aku bahagia, hatiku berbunga-bunga. Hati yang gundah tidak siapa yang mengetahui. Lihat ke mata..dan kau akan mengertinya. Y__Y
"Just because her eyes don't tear doesn't mean the heart doesn't cry. And just because she comes off strong, doesn't mean there's nothing wrong.."


Semua itu memori, semua itu kenangan, yang tak mungkin dapat dikembalikan !

Kenapa perlu kita lupakan kenangan semalam ? 

Kerana ianya akan mengajar kita untuk menilai hari ini dan masa hadapan yang telah ditentukan Allah SWT kepada setiap hambanya. Setiap ketentuan dan ketetapan yang berlaku Allah tunjukkan kepada kita secara jelas, namun kadang kita yang terleka dalam lamunan jiwa dunia ! Sebenarnya apa yang berlaku adalah dari aturan ALLAH SWT :') Penuh pedoman buat jiwa yang beriman.



Kenapa perlu kita lupakan kenangan semalam ? 

Kerana untuk melahirkan sifat redha dalam diri setiap manusia. Setiap ujian yang mendatang penuh hikmah disebaliknya. Carilah jawapan untuk dijadikan ibrah serta pengalaman dari kenangan silam sebagai panduan di masa hadapan.

Perkara yang berlaku jangan dikenangkan. Masa yang akan datang jangan diangan-angankan dan yang paling penting masa sekarang, agar apa yang berlaku pada masa akan datang akan meninggalkan kebahagiaan.

Dalam hidup ini, betapa manusia tidak mengerti bahawa ujian, dugaan, kesedihan dan kecemasan itu sengaja Allah ciptakan buat HAMBANya yang tercinta. Ujian itu tarbiah ! Dia menguji kita untuk melihat sejauh mana keyakinan dan kebergantungan kita kepadaNya.


Andaikata kita mengerti bahawa disebalik duri-duri tajam itu tersimpan sebutir mutiara yang cukup bernilai, nescaya luka yang tajam itu hanyalah seumpama gigitan manja seorang isteri buat suami tercinta !
Kesannya ada tapi rasanya cukup manis :')

"What hurts the most is that the memories I used to hold so close to me are now the memories I wish I could forget FOREVER... "

p/s: Doakan seluruh keluargaku bahagia dan berada di dalam kesihatan yang baik sentiasa :'(



Yang baik itu segalanya dari Allah dan yang buruk itu disandarkan keatas diri hamba yang menulis :)

Saturday, March 09, 2013

Flying Without Wings

Assalamualaikum, lama tak menjenguk ruangan ini, rindu bertandang membawaku ke sini kembali, mungkin ;D

Berusaha melakar sendiri jalan hidup membawaku ke negeri asing ini untuk mendamba ilmu tentunya. Sebuah tempat yang tiada siapa-siapa pada mulanya. Selepas bertahun berhijrah ke sini, ku temui segala yang diingini, Alhamdulillah..

Namun, dalam kelebihan, kebahagian, kesenangan yang dikecapi, masih ada kekurangan menghimpit diri ini. Suasana kampus yang sudah tentunya mementingkan biah islamiyah, itu lengkap..Cuma keadaan warga sekeliling yang berada di luar skop pengajian serta kampus membawa seribu satu kerimasan juga keluhan buat diri.


Ibarat berada di negara asing, diri ini kadang terasing di bumi asing yang entah di mana. Dengan pelbagai gaya macam manusia, dialek yang entah ape yang langsung tidak difahami, memberi tanda tanya kepada diri sendiri. Kenapa dulu memilih tinggal di sini ?? ohh ~ senyap.. tiada jawapan.

Hakikatnya, aku dan mereka mungkin dan memang tidak mengenali satu sama lain, kerana lahir pada abad juga benua yang berbeza, namun kami masih punya persamaan yang membawa kami ke sini..agaknya..

Sebenarnya, kita menyedari betapa besarnya peranan persekitaran sekeliling dalam membentuk dan melentur diri peribadi dan sahsiah seseorang. Sememangnya apabila kita berada di persekitaran yang sihat yakni biah solehah yang menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kesannya kita sendiri akan terasimilasi dengan sendirinya, inshaAllah..

Lihat saja di Mekah, wanita yang tidak berhijab semasa di Kuala Lumpur pon akan mencari abaya hitam ketika mereka di sana. Contoh yang senang ~ simple kan.


Pemikiran kita yang mendorong untuk melakukan sesuatu perkara yang sudah menjadi amalan oleh masyarakat di sesuatu tempat. Justeru tidak hairanlah berbondong-bondong wanita yang pada mulanya dengan hijab, cepat-cepat membuangnya ketika berada di negara barat, London contohnya.

Namun, ketika berada di Islamic lectures, conferences dan conventions, ramai sahaja yang cepat-cepat menjadi 'Instant Ideal Muslim', menjaga pandangan, pergaulan, percakapan, tetapi setelah semuanya selesai, kembali semula ke perangai yang lama.

Mengapakah kualiti ini tidak berkekalan? Mengapakah begitu sukar untuk kita mengekalkan kualiti yang telah kita bentuk walaupun segera itu?


Antara faktor yang boleh diambil kira ialah apabila kembalinya kita ke persekitaran dan komuniti yang sedia ada, yang sudah masak dan tergaul dalam suasana yang dibentuk.

Bersyukurlah sekiranya kita berada dalam kelompok masyarakat yang sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Namun sekiranya hati kita ini dijangkiti penyakit, maka kita akan berasa kurang senang apabila dinasihati oleh seseorang walaupun ternyata benar nasihat yang diberikan itu.

Sekiranya kita berada dalam persekitaran yang tidak menitik beratkan Islam sebagai tunjang dan cara hidup, maka mulakanlah daripada sekarang. Rajin-rajinkan diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah, usrah dan sebagainya. *pesan buat diri ini juga.


Memetik  kata-kata Imam Suha'ib Webb, "Not knowing something make people extreme." Sememangnya apabila kita jahil, maka itulah yang menjerumuskan kita ke arah melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam agama, seterusnya membawa kemurkaan Allah. Na’uzubillah !

 "Flying Without Wings"

Everybody's looking for a something,
One thing that makes it all complete,
You'll find it in the strangest places,
Places you never knew it could be.