Tuesday, April 24, 2012

Dari adam kepada Hawa...


Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku

Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.

Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan

Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada

Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu


Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga

Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi

Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.

Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.


- Artikel iluvislam.com

Sunday, April 22, 2012

FnD Mindspot

Selamat Malam....Assalamualaikum...Time weekend nii jelah cik ekin punye mase tuk update blog..
Okee, 17 April yg lepas, time kelas OOP, Prof bawak kitorg satu kos buat lawatan industri...
kat mane?? dekat FnD Mindspot,Tman Tun Dr Ismail...First, tempat ini menawarkan pelbagai jenis games yang tak melibatkan teknologi pon...Best yang ke 2 sebab tak yah nak ngadap coding OOP arituu kannnnn... hehehe..sesekali g jalan pe salahnyee...jam 5 petang kitorang bertolah dr kampus, dengan 3 bijik bas USIM khas buat kitorang2... ;P

Sempat snap dalam bas

Bandar Utama

Menanti untuk ke masjid berhampiran

Antara game (catur) yang ditawarkan besaiz gergasi

nak jugak....

Si juara Catur bersama dadu gergasinya... ;P

Amende ntah namenyeee....>,<

Bulat-bulat

::Jaques LONDON::

woooo..sangat serius mendirikan kerusi kenit


Bebola FnD..winkwink


cik ekin credit semua gambar di atas kepada si empunyee Galaxy Y !
that's it for tonight..
jangan lupee yee awak2 semua lawat FnD Minspot...
Sesuai tok lepaking bersama family and kawan-kawan... ;)
ok,,,,,w'salam!

Saturday, April 21, 2012

14 April 2012 - Hiking Punye Cerita...

Tempat :: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan


Gunung Datuk mempunyai ketinggian hanya 870 meter/2900 kaki dari aras laut dan ia merupakan antara salah satu gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan ianya terletak lebih kurang 20km dari Pekan Rembau. Taman Rekreasi Gunung Datuk ini dilengkapi dengan bilik air, bilik solat, dewan serbaguna serta beberapa chalet kecil. Terdapat sungai yang biasa dikunjungi oleh orang ramai untuk tujuan rekreasi dan mandi manda. Untuk tujuan mendaki Gunung Datuk’ pula setiap pendaki akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00.

Kami mula mendaki jam 11 pagi, seramai hampir 20 orang lebih kurang...Trek ke puncak adalah straightforward, lebar dan mudah. Kemungkinan untuk sesat adalah sangat kecil kerana laluan jelas kelihatan. Bagi pendakian 20 minit yang petama merupakan laluan mendatar sebelum sampai ke batu besar. Bagi 20 minit yang seterusnya kami melalui laluan berkecerunan 70-80 darjah. Keadaan trek agak lembap pada ketika itu dan mengakibatkan trek licin. Keadaan permukaan tanah di Gunung Dato’ ni rata-rata adalah tanah liat, berbatu-batu dan berakar.

Perjalan ke puncak secara purata mengambil masa dua hingga 2 setengah jam. Tetapi kami telah mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak kerana ketidakbiasaan kami mendaki. Puncak Gunung Datuk merupakan satu kawasan lapang serta mempunyai batu-batu besar. Untuk makluman semua di puncak Gunung Datuk ni tiada punca air.  Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke arah barat daya dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit.


Pengalaman yang sangat berharga...walaupon tersangatlah penat... 


ke puncak seterusnyee

daa sampai puncak ponnnn

Dalam jam 3 petang kami mendaki turun gunung dan tiba di starting point sejam setengah kemudian...



Thats the price we have to pay for the fun. Worth it !



Tuesday, April 10, 2012

Sebuah Nikmat Buatku DariMu..


Alangkah bertuah diri ini punye peluang berpijak sementara di bumi indah ciptaanMu...
Derap-derap langkah diatur menelusuri deretan rimbun pokok-pokok rhu..
Daun juga dahan kelihatan memutih dek timbunan salji...
Indah....Sangat indah duhai Tuhan...
Pinjaman darimu ini memberiku peluang merasai suasana itu...
Ku teruskan melangkah...
Menggunakan sebaiknya peluang yang ku kira sementara cuma ini...
Kelibat sang teman turut bergembira sangat kelihatan di mataku...

Di hadapan terbentang indah sebuah gunung yang sangat sempurna dipandanganku...
Berhiaskan pelbagai aneka pokok-pokok renek berwarna-warni melatarinya...
Pancaran sang mentari ku lihat seakan malu-malu untuk menonjolkan dirinya...
Indah...Sangat indah ya Tuhan...
Tidak pernah ku jejak tempat indah sebegini...
Ku kira ini nikmat sementara buatku...
Langkah diatur lagi...
Mencari kepuasan diri dengan nikmat bergunung ini...
Kelihatan pula gunung bersalji yang sangat indah memukau mataku...
Dengan ditemani pelangi cantik...
Sebagai teman setia si matahari selepas turunnya hujan ke muka bumi...
Ku ambil peluang memotret bersama teman-teman...

Ku sangka ini berpanjangan...
Tapi ia hanyalah pinjaman buatku...
Kerana diriku masih kaku di sini... :'(
Terima kasih ya Tuhan untuk nikmat sementara ini...



sumber gambar :: google
idea asal :: Cik eQin