Friday, February 17, 2012

Indahnya Kehidupan !


Sayu bertandang lagi menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai sepi itu datang,
Wahai hati bersabarlah !

Ya Allah Ya Rahman...
Aku bahagia dalam kelam,
Aku cekal dalam kepayahan,
Aku tenang dalam sukar,
Kerana ini yang mengajar aku erti hidup !

Kita pernah "DILUKAI" 
dan mungkin pernah "MELUKAI" 
tapi karena itu kita BELAJAR 
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhati.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.



Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap akan kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.



Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua


JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya PULANG"


by :: Dwijo M
terima kasih !

Thursday, February 16, 2012

:.Syukur.:


Alhamdulillah,,terbuka jugak hati na update blog sebagai kenang-kenangan..
Semalam,USIM dengan kerelaan Dewan Senat telah meluluskan agar keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2011/2012 dikeluarkan setelah agak lama tertunda...


Begitulah serba ringkas mukaddimah entry kali ini...ntah hape-hape ntah..dah laa tak kasi salam..kihkihkih
ok..Assalamualaikum semua readers and followers and bloggers...

Actually,result kali ini unexpected jugak sebenarnya..memandangkan paper yang diambil mencecah 8 paper yg 7 daripadanya memerlukan tumpuan penghafalan yang lebih...
sangat-sangatlaa membimbangkan yee..arabic pulak tuu..menghafal yang belakang boleh jadi yang depan dah tak ingat...sebenarya itula cabaran dan mehnah sepanjang minggu study dan minggu peperiksaan yang harus seorang berstatus student tempuh !


Alhamdulillah,result yang unexpected tadi officialnye menjadi result cik ekin yang terbaik sepanjang 3 sem menuntut..sangat syukur..lagi menggembirakan apabila kita sebagai anak dapat melihat senyuman dari parents dengan result yang tak seberapa nii kan..mission untuk sem depan perlulah lebih gigih yee...
memangkan ade 2 subjek tough programming dengan 3 jam kredit setiap 1 subjek, fokus lebih sangatlah diperlukan okeee...


Alhamdulillah jugak memandangkan MUET yang menjadi syarat pengijazahan juga sudah mencapai target, just focus on ur class...
thankz God ....!

buat renungan sahabat sekalian...


"Sometimes Allah Ta'ala leaves us with no option except patience, 
More options will only come as a result of our patience...InshaAllah "

Kepada yang telah berjaya menempatkan diri di dalam dean's list congrates kawan-kawanku sekalian...
Kepada yang belum,lebihkan usaha insyaAllah kejayaan milik kita.... :)
wassalam....!

Sunday, February 12, 2012

Memburu Jannah !



"Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak."

.:Muhasabah Diri:.
"Sincerity has a beautiful taste.
The taste of “I am headed to You (Allah) alone.
I only belong to You.”
It has a secret.
It leaves something in the heart.
It leaves joy in the heart.Try it."

Perhaps, perhaps then..
we shall finally cease hurting ourselves and others...
ok bye !





Tuesday, February 07, 2012

::Doa Jodoh Buat Diriku::

assalamualaikum!

apa khabar sahabat-sahabatku sekalian...?
hari ny, sahabat-sahabat cik ekin ada yang menyertai kesukarelawanan sebagai petugas perubatan di batu caves sempena perayaan thaipusam....
semoga semuanya berkeadaan elok2 saje yee..
semoga tiada serious injuries kepada mangsa-mangsa yg terlibat...
ceeewahh..! dengan kata lain, maaf dan agak terkilan sebab cik ekin tak berkesempatan nak melibatkan diri dalam misi kali ini... ok..

tajuk cakap tentang lain,, intro pasal lain..aishhh...apa salahnya selit-selit sikit kan...
ok, serius !

cik ekin nak kongsikan kepada semua pembaca, semua follower, semua sahabat, yg terjumpa entry ini, satu doa.
Doa apakah ?? doa jodoh..khusus kepada mereka yang merasakan tiada jodoh lagi buatnya hingga ke saat nii..ehh, cam org yang sedang giat menulis nii laa...single jeeee memanjang.. sedeyh...sobsob !!




ok, mengarut ! 
see kat sebelah tuu yee..sekali an adab-adabnye diberitahu sekali...
Selain itu juga,, kita kenalah bace seikhlas mungkin...jangan anggap ikhlas itu mudah serta ringan untuk dikerjakan..


Sesungguhnya ia sulit kecuali dengan 

kemudahan dari Allah....


Yang baik itu dari Allah...Yang buruk 

itu disandarkan kepada diri cik ekin..

Semoga kita sama-sama berkongsi 

manfaat dariNya!


Akhir kalam..renungan buat kita bersama :::: 

"Semakin Memikirkan Pendapat Manusia, Hidup Akan Semakin Rumit, Pentingkanlah Kalam Dan Pendapat 

Dari Allah, InshaAllah Hidup Akan Lebih Tenang !"


assalamualaikum...selamat menunaikan solat maghrib ...

Sunday, February 05, 2012

::Seeing The Future::

holaa..assalamualaikum...kali nii entry serius !!! 
hari ni, keluar berita tentang  " Superhuman Vision with the “Bionic" Contact Lenses"



nak taw dengan lebih lanjut apakah yg dinamakan Bionic Contact Lenses??

Penyelidik telah membangunkan kanta sentuh baru yang mengandungi litar LED, dan "serbuk" komponen elektrik yang membolehkan manusia biasa mempunyai pandangan yang luar biasa. Kanta sentuh ini akan membolehkan imej dipaparkan dalam pandangan seseorang, yg di”superimpose”kan ke atas dunia nyata. 
Menurut para penyelidik dari Universiti Washington, beberapa aplikasi yang mungkin ada di dalam Bionic Contac Lenses ini termasuklah :

  • zooming pada objek yang jauh
  • visual bantuan bagi orang yang cacat penglihatan
  • surfing the web
  • permainan video imersif
  • dan lain-lain !
actually banyak lagi aplikasi yg bakal ada dalam bionic eye lens, hinggakan ada jugak yg aplikasinye tak realistik..but, remember dunia hari ini tak macam 10 tahun yang lepas.. dah banyak teknologi baru..dan of cos, semua itu tak mustahil kan,,,,
lepas aplikasi2 itu disenaraikan, ada lagi harapan dari para penyelidik agar bionic eye lens could have a much greater potiential of uses...u know what ?? they wishes that the bionic eye lens can be a personalized wide-screen TV.. hurmm,, macam mustahil sekecil2 lens tuu boleh jadi sebesar2 impian para researchers td..

Setakat nii, lens tuu tak diuji lagi pada manusia kerana kekhuatiran mereka dengan tahap keselamatan biology lens tersebut..tp sudaa diuji pada si arnab dan membuktikan tiada lagi kesan negatif..
litar elektrik yang digunakan dalam penciptaan lens ini mengandungi bahan kimia tp saintis hanya menggunakan beberape layer metal yang tebalnye beberapa nanometer sahaja.. LED pun saiz nye kecik jee dengan diameter satu pertiga milimeter !

Pada masa akan datang, para saintis berharap untuk membolehkan kanta berkomunikasi secara wayarles dengan peranti lain. Mereka juga merancang sistem kuasa yang menggunakan gabungan sel-sel solar yang terletak di kanta lekap, dan frekuensi radio. Begitulah ceritanya  " Superhuman Vision with the "Bionic" Contact Lenses" ....

.:satu hari nanti macam2 lagi penciptaan yg tak disangka-sangka:.
w'salam

Via: University of Washington

Saturday, February 04, 2012

Speed Test ....

Salam...selamat malam semua..
Alhamdulillah, cepat masa berlalu...
Sampai ke saat ny masih ade lagi ruang serta peluang buat hambanya untuk terus hidup..

Apakah itu Speed test yang disebutkan ini??
Ok, actually Website Speed Test adalah satu web yg mana ia 
mengukur berat blog atau berat sesebuah website...

Apa kepentingannye yee kawan-kawan...
Ia sangatlah penting untuk pemilik2 blog serta laman web mendesign semula blog mereka
kerana semakin berat blog seseorang semakin lambatlah loading blog tersebut...
makin lambat loading blog tersebut, makin cepatlah user or follower menekan butang pangkah...hehe
:::blog cik ekin pon berat bukan maen...huhuhu::::



Bolehlaa korang cuba-cuba plak yee..
Betol atau tidak itu bukan satu masalah...
Noted okee dear2..

Sekurang-kurangnya kita berusaha nak redesign web kta kan..
Ok daa abih lecture..

Byebye...Assalamualaikum!
Selamat Mencuba..


Wednesday, February 01, 2012

semakin tabah!

assalamualaikum semua...

daa msuk 1st february, terlalu cepat mase berlalu tinggalkan kite..
wahh, "semakin tabah"
apakah itu ??

setiap ujian yang kita alami, ade hikmahnya
seburuk mane pon ia, belajar lah terime dengan hati yang TABAH oke...
alhamdulillah, sampai ke hari ni, i've learned everything tentang kehidupan
da masuk bulan ke 2 selepas 21 tahun cik ekin belajar tentang kehidupan..
sape kate senang...?
tuhan je yg taw perit jerih hamba-hambanya...

SubhanaAllah, until entry ni ditulis, i try to adopt what i've learned !
InsyaAllah, start today, no social networking, can i ?
ouhh... itu satu cabaran.. :) :)
fulltime blogging pon best jgk.. memandangkan sem depan pon cik ekin akan belajar sumting new
u know what ?? | OOP |... omg !
object-oriented is not an easy subject i think...

okee, berbalik kepada isu TABAH ...apa kaitannye yew.. 
actually, daa banyak perkara berlaku dalam hidup cik ekin since final exam haritu..
until today it not settle yet..ouuhh, | hurt and hard | katenye...
makin sayang tuhan kepada hambanya, makin hebat ujian dan cabaran yang akan dihadapinya..!
yes, sampai ke hari ny cik ekin pegang pada phrase tuu..

sampai bile bende ny akan settle down.. i don't know ! 
alang-alang dah ade org kate cik ekin makin tabah, insyaAllah ..
semoga dengan mengingatiNya, TABAH itu dapat diri ini genggam !!!
doakan wahai sohabah-sohabahku sekalian.. moga diri ini terus kuat..

last but not least | renungan buat diriku yang hina |

Sebuah renungan..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -

yang lebih dekat dari urat lehermu,

yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

walaupun kau sering saja lupa taat,

sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,

yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,

kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.

Jangan kau zalimi diri.. 

kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.

Bila suka, lupa.

Sedarlah.

Malulah.

Beradablah kepada Allah.

Sebelum berakhir perjanjian,

antara jasad dan jiwa.
WaAllahu 'Alam ...