Tuesday, March 27, 2012

Ilmu Bukan Pada Pointer


Salam kawan-kawan semua...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melakar sebuah penulisan saat insan lain sedang berjuang mencari masa lapang... Sangat bertuah juga diri ini punya insan-insan tersayang yang sangat mengambil berat, terutamanya nadiku ibu dan ayah tercinta.. Kupanjatkan doa semoga mereka dipanjangkan usia serta senantiasa sihat di bawah lembayung rahmatNya... Ameeeen !



Ilmu bukan pada pointer ! Nauzubillah...Moga Allah Subhanahu Wa Taala melindungi kita semua. 

Umar ibn al Khattab radiallahuanhu pernah berkata,“Perkara yang paling aku takuti berlaku 
terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati.



Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi Salallahu Alaihi Wassalam ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat... 

(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). - Surah Al Baqarah 2 : 255


Semoga tujuan kita belajar mendapat redha serta keberkatan dariNya...
Selamat beramal !
Wassalam ~



Sunday, March 18, 2012

Perangkap CINTA



Naluri insan mendambakan cinta
Lumrah dicipta Tuhan itu sungguh mulia

Namun mesti dipandu tepat syariatnya
Kerana musuh Tuhan memasang perangkap cinta

Namun kau tetap menghampirinya
Yakin imanmu mampu mengawal gelora
Tanpa kau sedar ia rapuh bak kaca
Kini perangkap cinta sudah mengena

Cinta yang tak bertempat kau hulurkan
Mengundang nikmat secara istidraj
Iblis dan syaitan ketawa riang

Cinta nafsu yang menjadi rujukan
Membawa engkau ke alam khayalan
Bermandi dosa yang engkau halalkan

Akhirnya si kecil yang menjadi mangsa
Insan suci yang tidak berdosa
Engkau zaliminya

Cinta yang salah saluran kau tagih
Mengiktiraf engkau sang hamba abdi
Si raja nafsu amarah yang zalim

Cinta terlarang yang engkau redahi
Tuhan yang melihat engkau abaikan
MurkaNya hebat azab pasti bertandang

Akhirnya sesalanmu tidak berguna
Agama, dirimu, keluarga, sanak dan saudara
Tercalar maruah




Saturday, March 17, 2012

Pesan buat Diri !


"Kepada Hawa....Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang...Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah...Tak perlulah kamu yang pergi mencari Adam....Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia pasti akan mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti..."

"Apa yang boleh kamu usahakan Hawa, ialah berdoa kepada Allah agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya serta punya akhlak yang terpuji...Dengan kata lain semoga Adam yang datang biarlah Adam yang dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...."

Last but not least...


Credit to all moslem yg merasakan 'mine is BETTER' !!
"Abu Darda’ suatu ketika melewati seorang yang terkadang jatuh ke dalam perbuatan dosa dan ia tengah dicela oleh orang-orang di sekitarnya. Abu Darda’ pun berkata,

“Apa pendapat kalian seandainya ia terjatuh ke dalam sumur, bukankah kalian akan mengeluarkannya? Maka janganlah mencela saudara kalian, tapi pujilah Allah yang telah menjaga diri kalian”.

[Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid]"

SubhnaAllah...Sangat terkesan dengan hadith ini...
Semoga ianya bermanfaat..!


Sunday, March 11, 2012

A woman's du'a for her future husband ♥



O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!

May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands... 



Ameen ya Rabb !

Monday, March 05, 2012

Jaulah ::: Sebuah Perjalanan Mentadabbur Nikmat Ilahi !



Bismillahi rahman ar-rahim...Assalamualaikum w.b.t semua rakan bloggers also followers and readers...
Alhamdulillah...ucapan pertama ku ungkapkan menggambarkan bertapa bertuah diri ini punya peluang kerana masih merasai segalan nikmat kurnian Tuhan sehingga saat entry ini ditulis.
Syukur kepada Allah yang melimpahkan Rahmat buat hamba-hambaNya...

Tepat jam 2 pagi 04 Mac 2012 konvoi kami selamat tiba di kediaman masing-masing...Alhamdulilah..
satu lagi nikmat Tuhan buat kami semua...

Jaulah yang banyak memberi kenangan masam-masam manis serta menterjemahkan sebuah erti  persahabatan buat manusia bergelar insan ... Disamping mengeratkan lagi ikatan yang telah utuh,kami mengambil peluang mentadabbur anugerah ciptaan tuhan..
pantai yang luas mata memandang,sangat menenangkan jiwa-jiwa resah,,
ombak pantai yang menghempas mengembalikan kenangan peristiwa buruk yang pernah berlaku membuatkan kami sentiasa mengingatiNya..agar niat suci ini diberkati dan diredhai olehNya..
Ikhlas Lillahi ta'ala..

Entry ini ditulis bukan untuk membangga kerana diri ini diberikan peluang tetapi sekadar perkongsian betapa cantik serta uniknya alam ciptaan Tuhan.. 
Laa Hawla walaa Quiwataa illa Billah

Perjalanan Bermula~

Signboard...hampir tiba..

Setibanya di sana...mencari kedai makan.


Langkah diatur!
Penuh pengharapan mencari makanan... :)

Santapan di kala matahari panas terik
Sekitar jam 3 petang

Sementara menanti order..
Menikmati suasana petang di pantai.

Usai makan...ceria kembali..
Menanti aktiviti seterusnya



Otw ke karnival Pengajian Tinggi..

Snap sebelum aktiviti pantai bermula...

Dalam kumpulan..
Mendengar taklimat AJK Pelaksana untuk aktiviti yang diadakan.

Banana Boat !
Buat mereka yang sukakan cabaran

Setelah dijatuhkan di dalam air...
Muka bahgia semuanya.

Team Hijau ...
Punya semangat, tapi tak menang sangat pon..keh3


Menghayati matahari terbenam di kala senja...
SubhanaAllah...sangat chantek !

Rindu saat-saat ini...
Semoga ada peluang ke sini lagi...

BBQ time...Setelah bertungkus lumus menghidupkan bara api..
Akhirnya siap jgk ayam perisa arang
Bak kata pakcik sorang niii... :)

Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak diupload gambar2 semasa jaulah hari tersebut..sangat merindui kenangan-kenangan ini...semoga ada peluang yang diberikan olehNya buat kita lagi...InsyaAllah !
Sebelum bertolak balik, kami sempat bertukar-tukar hadiah sesama sendiri...

Ukhuwah yang tidak akan dilupakan...Segalanya segar dalam memori ini...Semoga esok milik kita lagi...
Okee...habis dah..
Wassalam !