Thursday, September 26, 2013

Rezeki Giveaway.

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum :D

Semalam terima satu lagi kiriman pos laju jauh terbang dari SABAH ;)


Sweet Butterflt Bawal Kuning with adorable Vintage Hair Clip <3

Terima kasih SAKURA SWEET HOUSE.
Sponsor giveaway CIK NYOONYALITA kalau tak silap ;)

May Allah bless BOTH you !


Friday, September 06, 2013

Resepi Apam Bunga or Apam Senyum

Assalamualaikum. Hari ny cuba resepi APAM ! Cubaan pertama, sedikit tak menjadi, sebab dia tak SENYUM ;D Tapi rasa still SEDAP ^^ Alhamdulillah.

Faktor dia tak merekah ala-ala bunga adalah keadaan bekas dan faktor-faktor lain.


Nak belajar ? Senang jer inshaALLAH, mula-mula buat tak kan nak terus jadi kan ^^ Yang penting jangan putus asa :D

Bahan-bahan: 

3 cawan tepung gandum (diayak)
2 biji telur
11/4 cawan gula castor (gula biasa diblend halus pon boleh)
1 sudu kecil Ovelet
11/2 cawan aiskrim soda ATAU sprite (air bergas)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Putar telur dengan gula sehingga kembang (pukul pakai garfu je :P)
Masukkan ovelet dan esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan aiskrim soda, kacaukan sehingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan ;)
Rehatkan selama 1/2 jam.
Sementara tu, panaskan periuk kukus.
Lepas 30 minit, sudukan adunan dalam mangkuk kecil, comel molek (bukan mangkuk kertas yang lembik tu)
Kukuskan lebih kurang 5 minit sehingga masak.

Petua dan Larangan:

Gunakan mangkuk acuan or cup yang sedikit tebal, sesuai dengan keadaan pengukus. Kalau guna cup cute untuk biskut raya seperti conflakes madu tu, alamatnya tak terbentuklah apam comel ini. Memerlukan bekas yang tough cenggitu :D

Air kukusan biarkan mendidih dengan betol-betol mendidih baru masukkan adunan untuk dikukus.

Alas penutup periuk kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh menitis di atas adunan.

Last but not least, jangan gunakan air 100 plus sebagai ganti kepada aiskrim soda or Sprite tadi :P Kalau guna macam di atas la hasilnya :D

Gunakan aiskrim soda or Sprite yang betol-betol bergas, bukan yang dah berulang kali dibuka penutupnya.


DONE, senang kan ^^
SELAMAT MENCUBA !

Wednesday, September 04, 2013

Al-Quran Muslimah

Al-Quran Al-Karim Muslimah

Sinopsis

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning


Tuesday, September 03, 2013

Half Year Giveaway by Nafaa

Assalamualaikum ^^
JOM join ini pulak :D

Click Banner !

Blog : http://nursyikin.blogspot.com/ (Impeccable Rambling)
Twitter : https://twitter.com/nursyikin (AsyikinZulkifli)
Instagram : cikekinz

Due Date: 31st December 2013

Resepi Cake Chocholate Kukus Simple

Hai Assalamualaikum everybody ^^ Hai September :D

Okay, resepi "Cake Chocholate Kukus Simple".



Bahan: 

2 cawan tepung Blue Key
1 cawan gula yang dikisar halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo @ vico
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

Pukul telur guna sudip *(tak yah kembang sangat, tak yah guna machine pengadun).
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.
Kacau dengan sudip sehingga sebati (5 minit).
Didihkan periuk kukus.
Kukus selama 40 minit.

Hiasan: Mengikut kreativiti anda ;)

Bila dah tiba masa 40 minit, keadaan dia mengembang cantik sangat ^^
Keadaan permukaan atas dan bawah dia akan moist-moist gitu :D 
Kalau yang tak suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula ATAU susu.
Kalau tak letak susu, upkan sikit sukatan gula.
SIMPLE :D

Selamat Mencuba. InshaALLAH jadi.


Rezeki September :)

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum everybody. Selamat pagi, happy Tuesday.

Senyum selalu deh ;) The sun is also alone and it's still shining ;D
By the way, this entry didedikasikan untuk seorang blogger. HAHA.

Okay, hujung bulan Ogos ada giveaway dari blogger Hannan Wahyu.

And I got this.

 Black and white shieshido mask by MYA FARISHA ;D
Thankz so much ;)


Saturday, August 31, 2013

Rezeki Syawal

Salam and greeting to all :D

Selamat Hari kemerdekaan yang ke-56 Malaysian !

Terima kasih kepada fuh.my dan sekutunya atas hadiah topup melalui random.org, untuk segmen "Teka Syiling Raya."

Latest menang this sweet gift from 'Random Rainbow' untuk giveaway Blogger Nurul Ellani. Terima kasih blogger giveaway dan sponsor :D


Ade rezeki kita join lagi. heh :3



Sunday, August 18, 2013

Wrapping or Covering ?

Bismillahirrahmanirrahim ^^v Assalamualaikum and greeting to all :) 

Rentetan entry semalam berkisar tentang a very great novel, 'Anthem' by Hlovate, and beyond awesome even, kita nak sentuh bab "Wrapping or Covering" yang ada juga disebut dalam novel ini. 

Apa itu wrapping?
Apa itu covering?
Berbeza ke?
Or
It's just have a same definition with a different phrase? 

"Just because it is dark, doesn't mean you can't see,
Tak nampak dengan mata kepala, pandang dengan mata hati"

JOM check each of those things dalam kamus okay :D

Wrapping membawa maksud membaluti atau membungkus.
or
Dalam English maksudnya adalah "To arrange or fold something about as cover or protection." 

Covering pula membawa maksud meliputi atau menutupi.
or disebut dalam English sebagai "To place something upon or over, so as to protect or CONCEAL."



By the definition, kita conclude that tujuan kedua-duanya adalah sama iaitu 'to protect' namun jelas di dalam definisi covering itu ada satu lagi tujuan yang tersirat yakni conceal. What does it means by conceal? CONCEAL means MENYEMBUNYIKAN.

Logically, kalau membungkus dengan kata lain membalut, the whole shape of something yang dibalut itu juga akan kelihatan secara zahirnya.

Tak ke ?

But, the covering definition gave a very deep meaning which is, by the covering something, at the same time, you try to sembunyikan ia dari pandangan zahiriah.

Kan ?


'Why does a Muslim woman has to cover up anywhere?' 

"Because it is our obligation to God. Because Allah told us to do so, it is a projection of our faith. Plus, Islam wants it's believers to be chaste, modest, and virtuous, hence the covering."

Make sense ?

But, no pointla kan kita cover our head by hijab when kita still wearing tight clothes.

Skinny jeans, hanging tee, tight cardigan.

.useless.

"The past is not always meant to be forgotten. It is meant to be lessons well learned."

Save Yourself Girl :)


"Let us veil our aurah for a bright akhirah"-FarahLee

Simple message dari diri buat diri.
May Allah bless. Selamat bermujahadah.

Saturday, August 17, 2013

Konklusi ‘Anthem’ by Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum <3
Punya ruang dan waktu untuk untuk menulis pendapat peribadi di sini.
Berkisar sebuah novel yang penuh dengan pelajaran, yang penuh dengan ilmu yang boleh dicedok untuk hari mendatang.

DONE with ANTHEM by HLOVATE :*


‘Anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Walau di ceruk bumi mane kita berpijak, hanya ‘Anthem’ inilah kita bawa ke mane-mane. ‘Anthem’ ini jugalah kita kongsikan dengan seluruh umat Islam di dunia. ‘Anthem’ itulah ‘Syahadah.’

Sekelam, sehitam mane hidup kita hari ini, jangan pernah berhenti untuk mencari perubahan. Selagi kita masih di bumi tuhan, esok masih punya harapan.

"Baik dan jahat tu bukan suatu hakikat,
kerana boleh yang satunya berubah dengan satu kalimat;
TAUBAT."

One word. Deep.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik jer sampai ke penghujung nyawa.

Alhamdulillah dipertemukan dengan karya beliau yang seterusnya selepas "5 Tahun 5 Bulan", "Versus", "Contengan Jalanan" dan "Aa+Bb" :D Yang lain masih belum bertemu jodoh. Masih dalam pencarian inshaALLAH. 

Terima kasih buat sahabat, kawan juga teman tercinta, ANIS ATHIRAH BINTI NGAH yang menghadiahkan "ini" kepada saya. Barakallah. Sama-sama ambil manfaat dari pembacaan karya beliau. 

Assalamualaikum. SMILE. With LOVE <3
May ALLAH bless.


Sunday, August 04, 2013

Duit Raya :*

Bismillah :) Ramadhan 26 inshaALLAH ^^

Assalamualaikum.

Senang-senang jer kan kita tengok orang lain cashout earning hasil promote ads, apa kata anda yang belom lagi mencuba untuk merasa pengalaman sendiri cashout duit hasil online :D

NAK MENDAFTAR ??
Tiada yuran tersembunyi. Tiada caj. Tiada modal diperlukan.

try 8SHARE 
*duit raya for you :)

*click banner ^^


Bila dah register jer dengan 8share, dyorang kasi RM5.00 dalam tempoh promosi. 

PROMOTION sampai 7 OGOS 2013. 

Jika hari biasa, setiap per register akan dapat RM1.00 sahaja.

Lepas register, almost every day, bolehlah tambah earning dengan promote link, ads yang ditawarkan kepada kawan-kawan :)

kuncinya satu ----> RAJIN!

Berminat? boleh register di ----> SINI :)