Tuesday, September 03, 2013

Half Year Giveaway by Nafaa

Assalamualaikum ^^
JOM join ini pulak :D

Click Banner !

Blog : http://nursyikin.blogspot.com/ (Impeccable Rambling)
Twitter : https://twitter.com/nursyikin (AsyikinZulkifli)
Instagram : cikekinz

Due Date: 31st December 2013

Resepi Cake Chocholate Kukus Simple

Hai Assalamualaikum everybody ^^ Hai September :D

Okay, resepi "Cake Chocholate Kukus Simple".



Bahan: 

2 cawan tepung Blue Key
1 cawan gula yang dikisar halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk milo @ vico
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

Pukul telur guna sudip *(tak yah kembang sangat, tak yah guna machine pengadun).
Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.
Kacau dengan sudip sehingga sebati (5 minit).
Didihkan periuk kukus.
Kukus selama 40 minit.

Hiasan: Mengikut kreativiti anda ;)

Bila dah tiba masa 40 minit, keadaan dia mengembang cantik sangat ^^
Keadaan permukaan atas dan bawah dia akan moist-moist gitu :D 
Kalau yang tak suka manis, bolehlah kurangkan sukatan gula ATAU susu.
Kalau tak letak susu, upkan sikit sukatan gula.
SIMPLE :D

Selamat Mencuba. InshaALLAH jadi.


Rezeki September :)

Bismillahirrahmanirrahim ^^
Assalamualaikum everybody. Selamat pagi, happy Tuesday.

Senyum selalu deh ;) The sun is also alone and it's still shining ;D
By the way, this entry didedikasikan untuk seorang blogger. HAHA.

Okay, hujung bulan Ogos ada giveaway dari blogger Hannan Wahyu.

And I got this.

 Black and white shieshido mask by MYA FARISHA ;D
Thankz so much ;)


Saturday, August 31, 2013

Rezeki Syawal

Salam and greeting to all :D

Selamat Hari kemerdekaan yang ke-56 Malaysian !

Terima kasih kepada fuh.my dan sekutunya atas hadiah topup melalui random.org, untuk segmen "Teka Syiling Raya."

Latest menang this sweet gift from 'Random Rainbow' untuk giveaway Blogger Nurul Ellani. Terima kasih blogger giveaway dan sponsor :D


Ade rezeki kita join lagi. heh :3



Sunday, August 18, 2013

Wrapping or Covering ?

Bismillahirrahmanirrahim ^^v Assalamualaikum and greeting to all :) 

Rentetan entry semalam berkisar tentang a very great novel, 'Anthem' by Hlovate, and beyond awesome even, kita nak sentuh bab "Wrapping or Covering" yang ada juga disebut dalam novel ini. 

Apa itu wrapping?
Apa itu covering?
Berbeza ke?
Or
It's just have a same definition with a different phrase? 

"Just because it is dark, doesn't mean you can't see,
Tak nampak dengan mata kepala, pandang dengan mata hati"

JOM check each of those things dalam kamus okay :D

Wrapping membawa maksud membaluti atau membungkus.
or
Dalam English maksudnya adalah "To arrange or fold something about as cover or protection." 

Covering pula membawa maksud meliputi atau menutupi.
or disebut dalam English sebagai "To place something upon or over, so as to protect or CONCEAL."



By the definition, kita conclude that tujuan kedua-duanya adalah sama iaitu 'to protect' namun jelas di dalam definisi covering itu ada satu lagi tujuan yang tersirat yakni conceal. What does it means by conceal? CONCEAL means MENYEMBUNYIKAN.

Logically, kalau membungkus dengan kata lain membalut, the whole shape of something yang dibalut itu juga akan kelihatan secara zahirnya.

Tak ke ?

But, the covering definition gave a very deep meaning which is, by the covering something, at the same time, you try to sembunyikan ia dari pandangan zahiriah.

Kan ?


'Why does a Muslim woman has to cover up anywhere?' 

"Because it is our obligation to God. Because Allah told us to do so, it is a projection of our faith. Plus, Islam wants it's believers to be chaste, modest, and virtuous, hence the covering."

Make sense ?

But, no pointla kan kita cover our head by hijab when kita still wearing tight clothes.

Skinny jeans, hanging tee, tight cardigan.

.useless.

"The past is not always meant to be forgotten. It is meant to be lessons well learned."

Save Yourself Girl :)


"Let us veil our aurah for a bright akhirah"-FarahLee

Simple message dari diri buat diri.
May Allah bless. Selamat bermujahadah.

Saturday, August 17, 2013

Konklusi ‘Anthem’ by Hlovate

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum <3
Punya ruang dan waktu untuk untuk menulis pendapat peribadi di sini.
Berkisar sebuah novel yang penuh dengan pelajaran, yang penuh dengan ilmu yang boleh dicedok untuk hari mendatang.

DONE with ANTHEM by HLOVATE :*


‘Anthem’ yang nilainya jauh lebih besar dalam hidup kita. ‘Anthem’ yang kita lagukan setiap hari tanpa kita sedar. Walau di ceruk bumi mane kita berpijak, hanya ‘Anthem’ inilah kita bawa ke mane-mane. ‘Anthem’ ini jugalah kita kongsikan dengan seluruh umat Islam di dunia. ‘Anthem’ itulah ‘Syahadah.’

Sekelam, sehitam mane hidup kita hari ini, jangan pernah berhenti untuk mencari perubahan. Selagi kita masih di bumi tuhan, esok masih punya harapan.

"Baik dan jahat tu bukan suatu hakikat,
kerana boleh yang satunya berubah dengan satu kalimat;
TAUBAT."

One word. Deep.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik jer sampai ke penghujung nyawa.

Alhamdulillah dipertemukan dengan karya beliau yang seterusnya selepas "5 Tahun 5 Bulan", "Versus", "Contengan Jalanan" dan "Aa+Bb" :D Yang lain masih belum bertemu jodoh. Masih dalam pencarian inshaALLAH. 

Terima kasih buat sahabat, kawan juga teman tercinta, ANIS ATHIRAH BINTI NGAH yang menghadiahkan "ini" kepada saya. Barakallah. Sama-sama ambil manfaat dari pembacaan karya beliau. 

Assalamualaikum. SMILE. With LOVE <3
May ALLAH bless.


Sunday, August 04, 2013

Duit Raya :*

Bismillah :) Ramadhan 26 inshaALLAH ^^

Assalamualaikum.

Senang-senang jer kan kita tengok orang lain cashout earning hasil promote ads, apa kata anda yang belom lagi mencuba untuk merasa pengalaman sendiri cashout duit hasil online :D

NAK MENDAFTAR ??
Tiada yuran tersembunyi. Tiada caj. Tiada modal diperlukan.

try 8SHARE 
*duit raya for you :)

*click banner ^^


Bila dah register jer dengan 8share, dyorang kasi RM5.00 dalam tempoh promosi. 

PROMOTION sampai 7 OGOS 2013. 

Jika hari biasa, setiap per register akan dapat RM1.00 sahaja.

Lepas register, almost every day, bolehlah tambah earning dengan promote link, ads yang ditawarkan kepada kawan-kawan :)

kuncinya satu ----> RAJIN!

Berminat? boleh register di ----> SINI :)


Thursday, July 04, 2013

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah !

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum to all readers :D Happy holiday kepada semua yang sedang bercuti panjang ;)

Dalam sebuah perjalanan kehidupan, manusia kerap dirundung masalah dan seringkali kerananya, manusia tersesat tanpa arah. Namun begitu, ketetapan tetap juga ketetapan. Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta kepada tuhan untuk hidup susah. Namun ketika manusia diuji, mereka memberi seribu satu pertanyaan serta keluhan di atas apa yang telah terjadi.


Sebenarnya Al-Quran sendiri telah menjelaskan segala bentuk pertanyaan manusia sebagai seorang khalifah di muka bumi. Samada kita sedar atau tidak sahaja tentang kehadiran ayat-ayat barakah yang menjawab segala pertanyaan dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh sepotong pertanyaan seperti : 


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN ?

Surah al-Baqarah (216) menjawab : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”


KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI ?

Surah al-Baqarah (286) menjawab : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”


KENAPA AKU TERTEKAN DENGAN UJIAN INI ?

Surah al-Imran (139) menjawab : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

Surah al-Imran (45) menjawab : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata-mata..”


KEPADA SIAPA PATUT AKU SANDARKAN HARAPAN ?

Surah al-Taubah (129) menjawab : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal..”


Jelas lagi nyata Allah telah menurunkan setiap satu ujian dan persoalan beserta jawapan yang perlu kita cari untuk mengatasinya. Oleh itu, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Segala yang berlaku dalam hidup kita ada penawarnya. 

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat dikira tidak pernah selesai sampai ke akhirnya.. !
"Allah knows WHAT is the best for you and WHEN it's best for you to have it"

Selalu ada harapan bagi mereka yang BERDOA. Selalu ada pertolongan bagi mereka yang BERUSAHA. Selalu ada yang terbaik bagi mereka yang BERTAWAKAL. Put your trust in Allah. InshaALLAH. Allah LOVE to those who put their trust in Him :')

Jangan sedih dengan apa yang kita kekurangan. Jangan kecewa dengan kelebihan orang lain. Allah tidak memberi bukan kerana Dia tidak menyayangi. Mungkin Dia mahu kita lebih bergantung kepadaNya lebih dari kita meletakkan segala pergantungan kepada manusia semata-mata. Mungkin juga setiap ujian itu menuntut kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan. Seseorang yang lebih matang dalam setiap tindakan.


Bersabarlah tika diduga sedemikian rupa kerana Allah sengaja menduga hambaNya agar tidak terus alpa dan leka dari mengingatinya. 

Akhir kalam segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu disandarkan kepada diri hamba yang menulis. Ku dedikasi entry ini buat seseorang yang baru diuji tuhan namun ku percaya ada insan yang lebih teruk ujiannya berbanding dirimu. La Tahzan. InnaALLAHa Ma'ana :') Pesan buat diri yang menulis juga.

Sincerely ~ with LOVE ~ CikPelangiSenja.

Wednesday, July 03, 2013

Sakit Itu Menggugurkan Dosa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum to all readers.. :)

"Tidaklah seseorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya ALLAH akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pepohon yang berguguran.." -HR Imam Al-Bukhari. 


ALLAH ALLAH, besarnya nikmatMu. Di setiap dan disebalik setiap sakit itu telah dijelaskan hikmahnya buat hamba-hambaNya yang tahu menghargai dan yang tahu bersyukur :')

Jangan pandang SAKIT itu sebagai PENDERAAN, dan jangan pula mudah BERBURUK SANGKA kepada ALLAH. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari ALLAH yang akan membersihkan diri kita dari DOSA dan NODA. 

Semua tercipta dengan penuh hikmah, namun tidak semua manusia mampu melihat keindahan setiap hikmah disebalik setiap sesuatu.

"GOD wishes to LIGHTEN your BURDEN for the human being is created WEAK"- An-Nisa' : 28


Usahlah kamu meletakkan tanda soal di mana ALLAH telah meletakkan tanda noktah. Usah ditanya mengapa dan kenapa diri ini diuji. Bukankah Allah sudah berjanji setiap ujian yang diturunkan buat hambaNya yang mampu menanggung setiap sakit dan ujian itu. 

Setiap sakit itu Allah beri kerana Dia mahu setiap hambaNya yang telah jauh dari mengingatiNya untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah. Bukankah itu hikmah terbesar buat seseorang bergelar hamba yang telah berjanji untuk taat serta patuh kepada sang pencipta ? Bersyukurlah kerana Allah menegur diri kamu. Allah tegur kerana Dia masih sayang !

Di dalam al-Quran ada menyebut :

"And when I am ILL, it is HE who CURES me.." (26:80)
 maksudnya :
 "Dan apabila aku SAKIT, DIALAH yang MENYEMBUHKAN aku.." (Asy-Syuara')


Apabila sesorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan mengutuskan 4 orang malaikat. Malaikat pertama akan mengambil selera makannya. Malaikat kedua akan mengambil rezekinya. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya yakni pucat mukanya dan malaikat keempat akan mengambil dosa-dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hambaNya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga untuk memulangkan apa yang telah diambil mereka ketika hamba itu sakit. Namun, Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk memulangkan kembali dosa-dosa kepada kita.

Lihatlah betapa tinggi sayangnya ALLAH kepada hambaNya, namun kita yang tidak menyedarinya !
"Ya ALLAH, biarlah setiap sakit yang ku rasa, menjadi penawar DOSA-DOSAKU..."

ameeeenn.


Tidaklah ALLAH menurunkan SAKIT kepadamu melainkan kerana CINTANYA kepadamu :')

Akhir kalam tiada kata seindah bahasa, diungkap penuh rasa dijiwa, menyemai kasih sesama kita, agar kita bersama sampai syurga. Ukhuwah Fillah Abadan Abada dariku buatmu :) 

with LOVE ~ CikPelangiSenja.


Friday, May 03, 2013

“Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin”

Bismillah :D Assalamualaikum..Jumaat yang barakah inshaAllah. Jumaat yang terakhir buat kerajaan yang ada sekarang ^^, Semoga Allah memberi kemenangan buat pihak yang benar :') 

Tengah hari ni, terasa ingin sangat join this giveaway, (sebenarnya dah lama bookmark) when owner update due date, terus up this entry.. :D Actually and seriously tertarik dengan hadiah yang ada :"D sweet sangat, comel. <3 *bukan senang CikPelangiSenja nak join contest or giveaway or whatever like this. ^^

First of all, apa yang kita biasa tengok, giveaway dengan hadiah-hadiah yang dah terlalu biasa. Lantas, memupuk rasa biasa-biasa saja dalam diri. Tiada yang istimewa. This morning, blogwalking sekejap semata-mata nak cari photo contest, but I found this giveaway..

CANON ! and I'm one of the Canon user :D



Walaupon this hadiah is NOT the real one, it could be one of the photography stuff macam owner dah terangkan dalam entry beliau. It could be a mini sweet collection since kita berada di lapangan BLOGGER ^^, masa ni lah kita nak appreciated something special from our blogger friend. 

For sure, this is really really cool. Saya secara officialnya menjemput CIKPUAN SHADHIRASAN untuk join me for this giveaway *kalau dia tak join lagi laaa :D sebab dia lebih rajin dari saya untuk join whatever giveaway.

Terima kasih kepada pengajur kerana hadiah yang cute ini. Semoga rezeki kamu juga kita semua melimpah-limpah lagi selepas ini.. :D

All the requirement - followed

InshaAllah.

-END-