Thursday, December 22, 2011

SAMPAH TERINDAH

Sebuah kertas jadi sampah,
Sampah di awal langkah,
Sampah fitrah,
Sampah madah.

Jejari jemari kutip dari aras paling bawah,
Debu dialih, Cela di musnah.

Sampah sekeping kertas diperindah,
Seindah mawar ranum mekar,
Kembang merah gemilau sinar.

Di dada sebuah sampah,
Diukir sebuah lukisan hati,
Setiap inci ada torehan warna pelangi,
Di bingkai ada jalur air sejernih air perigi,
Ada cahaya menjadi inti,
Ada kegembiraan menjadi isi,
Siapapun melihat pasti menari,
Hati hias dengan sayang,
Jari-jemari sudahkan dengan senyuman,
Lukisan tergantung di puncak kebahagiaan.

Dan si bodoh melihat dan menilai,
Memaut mesra jari jemari seni handal,
Mata bersinar, mulut memuji,
Pujian berlegar 100 hari,
Namun bila ketahuan ia sebenarnya pernah menjadi sampah,
Lukisan diludah.

Memberi harapan sebelum mencela,
Baginya sampah tetap sampah,
Ia tetap jadi suatu yang tiada harapan,
Kudis jalanan yang wajar disingkirkan,
Tiada istilah sampah terindah.

Duhai si pemberi harapan sunyi,
Pemberi perhatian yang pudar kesudahan,
Sampah itu hidup berdestinasi,
Ia bangkit dari belukar berduri,
Matlamat hidup lagi berkilau dari jauhari.

Walau bukan sesuci sufi,
Lautan api tak lagi terlangkau oleh kaki,
Usah terpaut kemas dek diskriminasi,
Hinaan jangan dilaung bergunung,
Kerana jiwa yang tersadung,
Tak mungkin terawat dek ilmu perubatan segulung.

Nota:
Ada sesetengah orang fikir mereka terlalu mulia untuk menerima sebuah cela. Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi Penghukum.


Thursday, December 15, 2011

bakal menjelma~

assalamualaikum semua...salam mahabbah buat kawan-kawan di luar sane...da lame sangat tak endah blog nursyikin.blogspot.com ny...banyak bende yang jadi sebulan kebelakangan ni...tapi satu bende pun tak sempat na update kat blog lagi..aishh,,sesungguhnya Allah mempunyai rancangan yang lebih hebat...subhanaAllah~~

pejam celik pejam celik daa masuk bulan ke-empat cik ekin dalam sem 3 ni..tak lame lagi bakal menjelang laa final exam yang sangat ditunggu-tunggu..wahh,,cam daa abih study je yee cik eQin...hik2..sebenarnye bukan ape,,sebab daa penat sangat bertungkus-lumus siapkan assigment,,terlalu banyak assigment, pembentangan, program, aktiviti, project ..and so on..disebabkan jam kredit yang agak kritikal banyaknye~~ sabar-sabar..nak berjaya memang sesuatu yang amat pahit untuk ditelan tapi impaknya insyaAllah menghasilkan madu yang tersangatlah manis...nampaknya jihad fisabillah kami student-student bakal bermula tidak lama lagi insyaAllah..semoga Allah kuatkan hati-hati kami sebagaimana Allah kuatkan hati dan semangat tentera islam terdahulu semasa mereka berjihad... 


jom hayati kalam Allah dalam surah al-baQarah di bawah ni,,,semoga kita sama-sama peroleh manfaat darinya..>,<

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu."" Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat ke 25)

MasyaAllah..besar ganjaran Allah buat kita hamba-hambanya,,tiada daya upaya kita nak menentang kuasa Dia...itulah ketetapan Allah buat hamba-hamba yang terpilih...sejujurnya cik ekin bukanlah dari golongan-golongan ini,,cuma,,harapan di setiap kali doa biarlah ditetapkan hati ini pada islam yang suci...sungguh takut memikirkan keadaan yang berlaku zaman sekarang..Alhamdulillah,, bi'ah sebenarnya memberi impact yang agak besar kepada diri insan..lebih-lebih lagi insan yang bergelar sahabat...~~


p/s:: daa ngantok....will be continue...insyaAllah jika diberi kesempatan oleh sang pencipta..

Sunday, October 23, 2011

~indah~



PERKARA yang TERINDAH dari seorang WANITA bukan pada saat ia TERSENYUM bahagia 


tetapi di saat butiran AIR MATA jatuh dalam DOA..bukan kerana KATA-KATA yang indah tetapi 


saat dia DIAM dalam ZIKIR..bukan kerana kecantikannya yang mempesona tetapi RUKUK dan 


SUJUDNYA yang tiada henti..maka dialah PERMATA yang dirindu & EMBUN yang dinanti, 


bahkan BIDADARI SYURGA pun cemburu padanya...

Tuesday, September 13, 2011

saya tau saya tak cantik ....-.-



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian.” (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah “bersederhana dalam berfesyen”. Cukup dengan hanya menempel “wudhu’” di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau ‘setrendy’ mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.
SUMBER :: iluvislam.com

Friday, September 02, 2011

special card for my bloggers friend~~

selamat malam..
assalamualaikum semua~
cik ekin na kasi sumthing kat semua yg sudi melawat 
blog picisan cik ekin nyh~~

ditujukan juge kepade readers yg sudi singgah kat cny..
ok ,,thank to all ..
korang memang BEST larh~
wahh ,,semangat gitu ..hik3


sudi larh kirenye korang2 semua menerima card yg tak seberape nyh ..
ok ..
itu jew dr cik ekin ..

selamat hari raya aidilfitri~
maaf zahir dan batin !

Thursday, August 25, 2011

USTAZAH PILIHAN : Antara Realiti dan Fantasi ~~

~ini entry serius~
bismillahirrahman ar-rahim~
assalamualaikum kawan2 sekalian~

Rakyat Malaysia hari ini semakin dihidangkan dengan pelbagai program realiti TV yang boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Satu persatu program realiti TV diperkenalkan oleh stesen-stesen TV sama ada stesen TV percuma mahu pun stesen TV berbayar. Daripada program berbentuk hiburan seperti Akademia Fantasia dan Mentor hingga kepada program berbentuk ilmiah seperti Akademi Al-Quran dan Imam Muda. 

Terbaru, satu lagi program realiti TV diperkenalkan oleh Astro Oasis yang berjudul Ustazah Pilihan yang akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat. Menerusi Ustazah Pilihan, 10 peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pembelajaran amali dan praktikal yang diperlukan sepanjang lapan minggu di akademi, yang bertujuan memantapkan pengetahuan dari aspek keagamaan, hal ehwal teknologi, kewangan, kemasyarakatan serta kekeluargaan. Mereka akan diberikan tugasan tertentu sepanjang minggu berlandaskan format kitaran kehidupan yang membabitkan isu semasa berkaitan wanita manakala pendekatan yang digunakan pula harus relevan dengan realiti wanita zaman kini, malah markah diberikan bersandarkan kedua-dua kerja iaitu hasil kerja kumpulan serta kesungguhan individu itu sendiri.


Hari ini, rancangan-rancangan televisyen yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan makin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Bukan sahaja industri lakonan yang semakin rancak dengan penghasilan filem dan drama berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan bahkan personaliti-personaliti seni turut sama mula kembali ke jalan fitrah. Kita lihat bagaimana satu anjakan paradigma berlaku dalam hidup beberapa personaliti TV seperti Malek Nor, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Irma Hasmie dan Catriona Ross. Malah antara yang paling mengejutkan ialah dengan kehadiran kumpulan Al-Mawleed yang terdiri daripada bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo yang kini beralih ke lagu-lagu berbentuk kerohanian. 

Penghijrahan personaliti-personaliti terkenal tanah air diterima baik oleh masyarakat. Kita sememangnya mengharapkan nilai-nilai Islam diterapkan dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam aspek hiburan seperti ini. Tambahan pula, realiti hari ini memperlihatkan bagaimana industri hiburan menjadi pengaruh besar kepada pemikiran dan perilaku kebanyakan masyarakat lebih-lebih lagi anak muda. Perkembangan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam lain untuk mencontohi nilai-nilai Islam yang ditunjukkan. 

Lantas, apabila pertama kali mendengar hebahan Ustazah Pilihan, rasa begitu teruja untuk menonton rancangan tersebut. Title “Ustazah Pilihan” pasti menjanjikan ikon wanita muslim yang memiliki ciri-ciri pilihan seperti berilmu, berakhlak tinggi, bijak, petah berbicara dan ciri-ciri tambahan lain yang bakal melayakkan seseorang itu menjadi “Ustazah Pilihan”. Sudah terbayang di fikiran bagaimana ramainya nanti muslimah di luar sana yang akan menjadi penonton dan peminat setia rancangan Ustazah Pilihan. Pasti akan ramai juga jejaka-jejaka di luar sana turut teruja dan setia menonton wanita-wanita muslim peserta Ustazah Pilihan. Jika rancangan Imam Muda mendapat sambutan hangat daripada masyarakat muslim khususnya anak muda, saya yakin dan percaya rancangan Ustazah Pilihan akan mendapat sambutan yang jauh lebih hangat. 

Pendekatan dakwah dengan memperkenalkan program Ustazah Pilihan merupakan satu alternatif yang pada awalnya dilihat mampu memberi manfaat kepada penontonnya. Pasti akan ada penonton-penonton wanita yang mula menjadikan peserta-peserta Ustazah Pilihan sebagai idola mereka, mencontohi peribadi mereka dan mula memasang angan-angan mahu menjadi seperti mereka! Tidak kurang pula penonton-penonton dari kaum Adam, pasti akan ada yang bercita-cita mahukan pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri seperti peserta-peserta Ustazah Pilihan yang mana antara kelayakan mereka menjadi peserta ialah berkebolehan dalam komunikasi, berilmu, berpegang kukuh kepada agama, berdaya fikir tinggi serta matang.

Jika diberi pilihan sama ada untuk membiarkan masyarakat khususnya anak-anak muda menonton rancangan Akademi Fantasia atau Ustazah Pilihan, sudah tentu kami memilih Ustazah Pilihan!


Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut pandang yang lain, kami cukup bimbang sekiranya perlaksanaan program Ustazah Pilihan nanti tidak selari dengan syariat yang Islam tetapkan. Teori selalunya lebih mudah berbanding praktikal. Walaupun pihak penganjur mengatakan bahawa program ini akan berpaksikan hukum syarak namun sejauh mana hal ini terjamin sepanjang perlaksanaan nanti yang pastinya setiap perkara akan datang bersama ujian dan cabaran. 

Kami mula mempersoalkan bagaimana agaknya penampilan peserta-peserta Ustazah Pilihan nanti. Kalau peserta Imam Muda tampil dengan imej segak dan menarik, apatah lagi kaum Hawa. Adakah wanita-wanita yang bakal menghiasi pentas Ustazah Pilihan akan berpakaian menarik walaupun menutup aurat? Yakinkah kita tidak akan terjadinya tabarruj iaitu berhias untuk memperlihatkan perhiasan badannya (mekap/gaya tudung)? Tidakkah program seperti ini secara tidak langsung akan mempertontonkan personaliti wanita? Di mana pula perasaan malu seorang wanita apabila dipertontonkan di khalayak ramai untuk dinilai, disebut-sebut kelebihannya malah dipertandingkan peribadinya sedangkan istimewanya seorang wanita itu pada sifat malunya. 

Adapun bila menyebut soal kecantikan, pasti akan ada penonton rancangan Ustazah Pilihan yang memandang kepada kecantikan peserta lebih-lebih lagi penonton lelaki. Terjaminkah peserta-peserta Ustazah Pilihan tidak akan dipandang dan memandang? Sudah tentu tidak. Dan yang paling menjadi kebimbangan ialah apabila memikirkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebut “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.” (HR Bukhari dan Muslim).

Tidak akan tergugatkah iman kaum Adam walaupun sedikit apabila memandang peserta-peserta Ustazah Pilihan yang berkemungkinan menjadi idaman penonton-penonton lelaki kelak? Layakkah wanita-wanita yang menjadi tontonan lelaki, yang namanya sering meniti di bibir lelaki malah yang mungkin menjadi khayalan lelaki diangkat menjadi “Ustazah Pilihan”?? Sedangkan kita tahu wanita yang baik tidak dipandang dan tidak memandang.

“Ustazah Pilihan” yang sebenar menurut pandangan kami bukanlah wanita yang hanya memiliki ilmu yang tinggi dan bakat yang luar biasa tetapi adalah wanita yang teguh aqidahnya, istiqamah ibadahnya dan mulia akhlaknya. Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad). 

Kami suka untuk mengambil pendekatan mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kami melihat lebih banyak mudarat (keburukan) daripada maslahat (kebaikan) yang mungkin timbul daripada program Ustazah Pilihan. Banyak lagi pendekatan dakwah yang kita boleh ambil selain daripada mempertontonkan wanita kepada umum. Jika pihak penganjur masih berhajat mahu membentuk ikon pendakwah wanita melalui landasan akademik seperti ini, kami mencadangkan agar ia dijalankan secara tertutup dan tidak bersifat pertandingan. Islam memuliakan dan menghormati wanita, maka layanilah mereka dengan adil dan benar. 

Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah" (Hadis Riwayat Muslim)


~~~~~~~~ 
Penulis adalah Syahirah Zulkifli Timbalan Majlis Dakwah Dan Kebajikan GAMIS





~cornflakes with chocolate~

hye,,,
alhamdulillah ...
da 25 hari kite berpuase kn ...
pejam celik pejam celik 
da na raye kn ...

kad raye cik ekin da publish ..
hari nyh cik ekin na publish kueh raye plak
hand made taw ..
1st time cube~
ta taw larh pew rasenye yew ..

korang na tgk ??
jgn terliur larh pose2 ny yek ..

ni haa ...
simple ajew~



daa siap ..
mlm ny kite rase yek ..hik2 .

~~~~~~~~

Sunday, August 14, 2011

segalanye SHAWL~~~

hye readers...
kali ny bkn sal contest or G.A da keyh..
sal shawl ..
ape itu shawl ??
mustahil korang ta tao kn3...

shawl adalah sejenis kain berbentuk rectangular yg dipakai secare longgar.. 
zaman dlu shawl tuu dipakai di bahu or lengan~
dlu2 ,,shawl ny adalah pakaian tradisional lelaki di Kashmir ..
yg diperkenalkan melalui proses asimilasi kepade Persian culture...
tp ,,sekarang shawl da kembali popular di kalangan anak mude..
kan3..

da jarng lah na jmpe org pkai tdung bese2 je skarng..
sume vogue2 daa ..

yg terbaru ,,femes plak shawl by a fashion designer ..
who is she ??


she is 'hana tajima'
sekarng ,,style beliau daa jd fenomena dan ikutan remaje2 di luar ..
na tao ke sape hana tajima nyh??
Beliau adalah fesyen designer bagi Maysaa.com di London. 
merupakan anak kacukan Jepun-British.
 kepopularan beliau adalah kerana bertudung dan mencipta fesyen yang juga sesuai untuk muslimah. 
Mungkin ada yang bertanya adakah Hana Tajima ini islam? 
Ya, beliau sudah muallaf sejak usia beliau 17 tahun.

sekarang beliau berumur 23 tahun..
dah berkahwin dengan suami dye lah ...hee~
ape ntah nme husband dye tuh...
hana da banyak wat video care dye pakai pashmina di utube ..
korang na tgk ..cri laa erk ..


yuna pon pernah bekerjasame dengan hana tajima dalam projek maysaa london..
tu sebab laa nme dye naek plak kt malaysia..
dye daa menimbulkan satu fenomena tersendiri dalam berfesyen ..
lebih2 lagi dalam fesyen muslimah tuu sendiri
tak kira laa tudung, selendang or pashmina~~
~mengikut sumber~

ok ,,dah laa tuu citer sal dye ..jom tgk pic dye na tak ...?
inilah dye~~




waahh...
kamera dye ...>,<




~yunalis zarai~


so ,,ape pendapat korang tentang style baru nyh ??
ehmm ,,fikir2kan ...:)


Friday, August 12, 2011

suatu ketika~~

hye kawan2 blogger sekalian ..malam2 ny ,,tetiba terbelek gambar2 lame dalam folder..waaah !! teringat kenangan dulu2 ~walaupon tak laa dlu2 sgt pon~ gambar mse sem 1 ,,dengan kawan2 baru.. yg tak pernah kenal pon sebelum nyh.. walaupon 1 sem jew  kte tggal bersame ,,daa mcm2 kte buat sesame ..seronok ..!

mse tuu tggal kt nilam court~~
ktorang jenjalan ke seremban parade~~
ehmm ,,semua tggal kenangan..
walaupon daa duk 1 kampus ,,masing2 dgn tujuan berbeza ,,,,

aku,dye dan kamu ..>,<
 

sebelum gerak ~~


on da way ~dalam ktm ...


posing sakan ~~
korang memang happening larh ...


da sampai ..mnuju destinasi ~~


~seremban parade~


~1st time men bowling daaa~


get ready daa tuh ~
ade gye pro jew ..hik3

that's it ..
see you later ...
bubye semua..
selamat menjalani ibadah puase okeyh~~


:) :) :)




Wednesday, July 13, 2011

:::bbQ b.s.m ----> sepintas lalu...:::

****************************
Pusat Komersial, Fakulti Ekonomi dan Muamalat...

****************************
Tautan Mahabbah BSM batch 10/11

****************************
Nothing to say::::
tengok pic aje lerrr....
yok..o.0

Loading...



~sukaneka~


teman-teman seperjuangan,,,
Ececeehh..:)



~potong bawang~
ketua:::miera (huu~)


nik dan nisah yg chumel




special credit to ::: nik
model sabun..:P


ny aje lerr kje yg i wat arituu...hi3


bro BSM...
sporting...>,<


adik2 kak diba...


sempat ag g tasik yekk...:)
fadhlin n maddina


ade bro afdhal di ctu...:D


berSAME puan........!
atoyaii tak ingat plok nmenye...
ngee~


BSM is hot to go...!


depan ::: diba,teha,mazni,nisah,ilah
belakang ::: akma and her fren~



hasil DSLR terbaekkk...

special thanx to all BSM students..
special credit to nor hanisah abd halim..
special entry for nik nor farhana..
hee~~


see u next sem keyh...
daa..
assalamualaikum..O.0